SHAH ALAM: Seorang lelaki yang berkeliaran bogel bagai 'orang minyak' sebelum melakukan jenayah pecah rumah di sini, pada Jumaat giat diburu polis.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu berlaku di sebuah rumah di Seksyen 20 ketika mangsa seorang wanita sedang tidur bersama anak perempuannya di ruang tamu.
Menurutnya, mangsa tersedar apabila terdapat cahaya silau mengenai mata mangsa yang sedang tidur menyebabkan mangsa terjaga dan sedar akan kehadiran suspek.
"Jeritan mangsa menyebabkan suspek segera berlari keluar dari rumah tersebut.
"Suami mangsa yang tersedar bergegas lari keluar dari dalam bilik tidur menuju kepada isterinya, namun mendapati suspek sudah tiada.
"Mangsa mengalami kerugian apabila kehilangan wang tunai RM1,600 hasil wang perniagaan dilarikan suspek," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambah Mohd Iqbal, pihaknya juga mengesan satu video yang tular memaparkan suspek yang memakai pelitup muka dan berbogel berkeliaran di kawasan perumahan Seksyen 19.
Katanya, usaha untuk memburu suspek giat dijalankan.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mohd Shafarulrazi di talian 010-8889910 atau 03-55202222," katanya.
Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
BACA: 'Orang minyak' berbogel berkeliaran dalam rumah dirakam CCTV
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Apr 08 2022
!['Orang minyak' tanpa seurat benang lakukan pecah rumah diburu 'Orang minyak' tanpa seurat benang lakukan pecah rumah diburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649454379_TBpecahrumah.jpg)
Kegiatan suspek yang berada dalam keadaan bogel sedang berkeliaran di kawasan perumahan di Shah Alam, Selangor dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah rumah. - Foto tular Facebook
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Lelaki bogel ditemukan maut dengan kesan tikaman Lelaki bogel ditemukan maut dengan kesan tikaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718010606_garisanpolis.jpg)
Lelaki bogel ditemukan maut dengan kesan tikaman
Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan berbogel dengan kesan tikaman di Laluan Perusahaan Klebang 1 Hadapan Kilang Warisan Impian Maju 2 di sini tengah malam tadi.
!['Orang minyak' tanpa seurat benang lakukan pecah rumah diburu 'Orang minyak' tanpa seurat benang lakukan pecah rumah diburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649454379_TBpecahrumah.jpg)
'Orang minyak' tanpa seurat benang lakukan pecah rumah diburu
Mangsa tersedar apabila terdapat cahaya silau mengenai mata mangsa yang sedang tidur menyebabkan mangsa terjaga dan sedar akan kehadiran suspek.
![Lelaki bogel tunggang motosikal dipercayai punyai masalah mental Lelaki bogel tunggang motosikal dipercayai punyai masalah mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628838233_TBKURANGSIUMAN.jpg)
Lelaki bogel tunggang motosikal dipercayai punyai masalah mental
Insiden tersebut tular selepas video berdurasi 29 saat yang dirakam seorang penunggang motosikal dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.
![Terlalu mabuk hingga tidak sedar sedang berbogel Terlalu mabuk hingga tidak sedar sedang berbogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71573395694_Bogel.jpg)
Terlalu mabuk hingga tidak sedar sedang berbogel
Gara-gara tidak dapat mengawal tekanan perasaan, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bertindak berbogel di Jalan Kinabalu, di sini pada Ahad.