15 hari pelaksanaan Ops Selamat 9 sempena perayaan Aidilfitri bermula 29 Jun hingga 14 Julai menyaksikan penurunan kes kemalangan maut, iaitu daripada 303 kes kepada 273 bagi tempoh sama tahun lalu.
Ia merupakan penurunan hampir 10 peratus dengan angka korban menurun daripada 330 orang kepada 299 mangsa.
"Kalau ikutkan dalam lima tahun kebelakangan ini, saya kira ini kali pertama kita merekodkan penurunan bagi jumlah kemalangan maut," kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, ACP Ruslan Khalid dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Bagaimana dalam tempoh itu, 246,104 saman dikeluarkan kepada pesalah laku jalan raya, meningkat hampir tiga peratus, berbanding tahun sebelumnya iaitu 239,104 saman.
Menurut Ruslan, ia melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju (133,695), memotong barisan (1,985) serta memandu di lorong kecemasan (1,146).
Bagaimanapun kes penyalahgunaan laluan kecemasan mencatatkan penurunan, berbanding tahun lepas dengan 3,542 saman dikeluarkan.
"Ia disumbangkan peranan media dan orang ramai menerusi kempen dan isu yang viral di media sosial, yang secara tidak langsung memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya," jelasnya.
Katanya, majoriti kes kemalangan berlaku disebabkan pemanduan laju sehingga menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu terbabas.
Selain itu, kes pecah rumah dan kecurian sewaktu musim perayaan juga menurun hampir sembilan peratus atau 78 kes, daripada 832 kes kepada 794 kes yang dilaporkan tahun ini.
Israr Khalid
Thu Jul 14 2016
![Ops Selamat 9: Jumlah kemalangan maut menurun Ops Selamat 9: Jumlah kemalangan maut menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51468165184_opsselamat.jpg)
Dalam tempoh itu, 246,104 saman dikeluarkan kepada pesalah laku jalan raya, meningkat hampir tiga peratus. - Gambar fail
![Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906276_mindef.jpg)
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
![Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906709_SheikhHasina.jpg)
Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.
![Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738904001_TBMahkamah.jpg)
Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Februari sebagai keputusan permohonan penangguhan hukuman penjara 10 tahun ke atas Rosmaini yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah.
![Ops Selamat 9: Jumlah kemalangan maut menurun Ops Selamat 9: Jumlah kemalangan maut menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51468165184_opsselamat.jpg)
Ops Selamat 9: Jumlah kemalangan maut menurun
15 hari pelaksanaan Ops Selamat 9 sempena perayaan Aidilfitri bermula 29 Jun hingga 14 Julai menyaksikan penurunan kes kemalangan maut.