PUTRAJAYA: Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (PK KDN) menahan 164 individu dan merampas 26,213 naskhah al-Quran serta bahan bacaan ayat suci al-Quran bernilai RM3.1 juta menerusi Ops Mulia yang dijalankan di seluruh negara sepanjang Mac lepas.
Setiausaha Bahagian PK KDN Nik Yusaimi Yussof berkata kesemua warga tempatan berusia 30 hingga 50 itu ditahan di lokasi berasingan kerana dipercayai mengedar, menjual dan menjilid al-Quran di tempat yang tidak sepatutnya.
Beliau berkata sebanyak 1,082 premis diperiksa sepanjang Ops Mulia dengan sebuah syarikat percetakan di Seri Kembangan, Selangor dikesan melakukan kerja menjilid al-Quran tanpa kebenaran selain membenarkan ia dilakukan bukan Islam.
"Sekarang proses tindakan sedang diambil terhadap syarikat itu dan siasatan sedang berjalan. Dalam Ops Mulia ini, hanya satu syarikat dikesan menjilid al-Quran tanpa lesen.
"Kesemua al-Quran yang dirampas ini tidak mempunyai cap perakuan dan pelekat hologram KDN. Sebahagian al-Quran dirampas itu turut diperoleh menerusi advokasi Jom Exhange al-Quran anjuran KDN," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata rampasan al-Quran termahal berjumlah RM599 senaskah manakala bahan perhiasan pula adalah RM5,290.
Ditanya adakah penjualan al-Quran mempunyai kaitan dengan sindiket, beliau berkata aktiviti berkenaan bersifat individu kerana jenis al-Quran tidak sama.
"Ada bahan perhiasan yang dijual ini tidak mempunyai ayat al-Quran yang jelas dan merupakan satu bentuk kesalahan," katanya.
Nik Yusaimi berkata KDN komited untuk memastikan hanya teks Al-Quran yang sahih dalam pelbagai bentuk berada dalam kalangan komuniti.
Sehingga kini terdapat 965 jenis terbitan al-Quran yang diuluskan KDN sama ada untuk dijual, dimiliki ataupun diedar.
"Oleh itu, masyarakat diseru agar tidak memilih naskhah al-Quran yang tiada kelulusan dengan memastikan naskhah al-Quran berkenaan mempunyai cap perakuan dan pelekat hologram KDN," katanya.
Beliau berkata KDN akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti penjualan ataupun pengedaran al-Quran atau bahan ayat suci yang menyalahi Akta Percetakan Teks al-Quran (Pindaan 2023).
"Masyarakat dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti membeli, memiliki, menerbitkan dan menjual teks atau bahan al-Quran yang tidak mendapat kelulusan KDN," katanya.
Beliau berkata pihak atau individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an 1986 (Pindaan 2023).
Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan teks al-Quran termasuk hasil penerbitan tidak dingini dengan menghubungi KDN di talian 03-8000 8000 atau melalui laman sesawang KDN di www.moha.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Nik Yusaimi menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang media mengenai penahanan 164 individu dan merampas 26,213 naskhah al-Quran serta bahan bacaan ayat suci al-Quran bernilai RM3.1 juta menerusi Ops Mulia. - Foto Bernama
Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu ditahan
Pihak berkuasa Turkiye pada Rabu menahan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, hanya beberapa hari sebelum beliau dicalonkan sebagai calon presiden.
Rakyat Israel berarak di luar parlimen kecam Netanyahu
Berang dengan tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memimpin negara, ribuan rakyat mereka tampil protes di jalanan dengan melaungkan 'Netanyahu diktator'.
Malah, mereka turut mengharapkan pentadbiran pimpinan Netanyahu tumbang kerana gagal melindungi rakyat, sehingga membiarkan nasib tebusan tanpa hala tuju.
Malah, mereka turut mengharapkan pentadbiran pimpinan Netanyahu tumbang kerana gagal melindungi rakyat, sehingga membiarkan nasib tebusan tanpa hala tuju.
Penduduk Gaza terpaksa pindah selepas diusir oleh Israel
Rata-rata penduduk buntu apabila menerima arahan yang memaksa mereka meninggalkan tempat perlindungan mereka.
Proses bawa masuk warga Palestin: Kerajaan kenakan pemantauan, syarat keselamatan ketat - Fahmi
Kerajaan akan mengenakan pemantauan rapi serta syarat keselamatan yang ketat terhadap 15 warga Palestin yang bakal ditempatkan di negara ini, kata Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil.
Undang-undang langkah terakhir jika ibu bapa gagal patuh dasar pendidikan wajib sekolah menengah
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, langkah ini diambil berdasarkan iktibar daripada pengalaman dalam menguruskan dasar pendidikan wajib sekolah rendah sebelum ini.
Kerajaan setuju Ocean Infinity teruskan operasi pencarian bangkai MH370
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, kelulusan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk meneruskan operasi pencarian dan memberikan penutup bagi keluarga waris MH370.
Tiada keputusan hari ini, hujahan pendakwaan pada Khamis
Mahkamah rayuan memaklumkan tiada keputusan dibuat pada hari ini berhubung rayuan kes Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikaitkan dengan dana ARMADA.
Suami isteri antara tiga suspek disyaki buat tuntutan palsu RM8.4 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sepasang suami isteri dan seorang pengarah syarikat disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM8.4 juta.
Perintah reman selama empat hari sehingga 22 Mac ini terhadap dua suspek lelaki telah dikeluarkan Majistret Nabila Nizam selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
Perintah reman selama empat hari sehingga 22 Mac ini terhadap dua suspek lelaki telah dikeluarkan Majistret Nabila Nizam selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
Polis selesai rakam keterangan lima individu terbabit video tular
Polis selesai merekod keterangan lima individu bagi membantu siasatan berkaitan rakaman video membabitkan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, hasil siasatan mendapati, video berkenaan dimuat naik sebagai tanda sokongan dan keadilan kepada Zayn Rayyan.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, hasil siasatan mendapati, video berkenaan dimuat naik sebagai tanda sokongan dan keadilan kepada Zayn Rayyan.
Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu menahan seorang pengurup wang berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ops Mulia: 164 individu ditahan, al-Quran dan bahan ayat suci berjumlah RM3.1 juta dirampas
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (PK KDN) menahan 164 individu dan merampas 26,213 naskhah al-Quran serta bahan bacaan ayat suci al-Quran bernilai RM3.1 juta.