SEPANG: Yayasan Didik Negara di bawah penyeliaan Kementerian Pendidikan (KPM) menyumbang pelbagai barangan bantuan kemanusiaan bernilai RM50,000 untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.
Sumbangan berupa susu bayi dan mainan kanak-kanak itu diserahkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di sebuah gudang yang menjadi pusat pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di sini pada malam Khamis, dan ia akan disalurkan kepada penduduk Palestin menerusi Ops Ihsan.
"Saya tidak dapat tahan sebak apabila tengok barangan mainan sebab terkenang nasib anak-anak kecil di bumi Palestin. Mudah-mudahan barangan ini sampai kepada anak-anak di sana, yang sekurang-kurangnya memberi kegembiraan kepada mereka," katanya kepada Bernama di gudang berkenaan pada Khamis.
Ditanya mengenai perbualan beliau bersama Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali yang turut hadir ke gudang berkenaan, Fadhlina dalam nada sebak berkata beliau tidak dapat menahan air mata mendengar ucapan penghargaan daripada Walid atas keprihatian rakyat negara ini terhadap rakyat Palestin.
"Beliau (Walid) ucap terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dan perhargaan tidak terhingga atas kesudian menderma secara bertali arus," katanya.
Sementara itu, Jawatankuasa Operasi Ops Ihsan Syahrir Azfar Salleh berkata persiapan bagi penghantaran pertama barangan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin kini siap sepenuhnya dan sudah bersedia untuk dihantar melalui Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish, Mesir malam esok.
Penghantaran pertama itu membabitkan keperluan perubatan dan barangan lain sebanyak 20 tan, sebelum disusuli penghantaran kedua sebanyak 30 tan yang dijadual pada 10 Nov ini.
Media sebelum ini melaporkan 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai RM7 juta berjaya dikumpul menerusi Ops Ihsan, yang diselia oleh 49 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Sumbangan berupa susu bayi dan mainan kanak-kanak itu diserahkan oleh Fadhlina dan akan disalurkan kepada penduduk Palestin menerusi Ops Ihsan. - Gambar Bernama
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Ops Ihsan: Fadhlina serah bantuan kemanusiaan Yayasan Didik Negara bernilai RM50,000
Yayasan Didik Negara di bawah penyeliaan Kementerian Pendidikan (KPM) menyumbang pelbagai barangan bantuan kemanusiaan bernilai RM50,000 untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.