SEMPENA 66 tahun kemerdekaan Malaysia, OPPO, peneraju global dalam teknologi inovatif, mengajak anda semua meraikan keindahan dalam kepelbagaian yang menjadikan kita sebuah negara yang tiada bandingannya.

OPPO dengan bangganya mempersembahkan “66 Potret Malaysia” - sebuah filem pendek yang memaparkan bingkisan jiwa Malaysia menerusi koleksi 66 potret menawan.

Setiap potret diambil dengan penuh ketelitian menggunakan OPPO Reno10 Pro+ 5G, menangkap inti pati kepelbagaian Malaysia dalam manusia, budaya dan persekitarannya dari lensa dan mata Khairul Amin, seorang jurugambar tempatan.

“66 Potret Malaysia” mengisahkan sebuah penghormatan Khairul kepada memori ibunya yang telah meninggal dunia, seorang wanita berjiwa penuh cinta dan belas telah meninggalkan kesan mendalam kepada diri Khairul, mendorongnya untuk membawa Malaysia tinggi di puncak dunia menerusi lensa kameranya.

“Merdeka ini, setiap ketikan OPPO saya mengingatkan saya padanya - 66 potret untuk 66 tahun, menggemakan denyut jantung tanah air kita, orangnya, kepelbagaiannya - yang sangat beliau cintai,” kata Khairul dalam filem pendek tersebut.

Dengan 66 potret Malaysia yang diambil Khairul, OPPO, dalam matlamatnya mengejar inovasi teknologi untuk kebaikan buat kemanusiaan dan dunia, berharap ia dapat menginspirasikan seluruh warga untuk mengabadikan detik-detik yang menjadikan kita unik sebagai rakyat Malaysia.

 


Peraduan ‘66 Potret Malaysia’ OPPO

Dengan peluncuran filem pendek tersebut, OPPO mengalu-alukan penyertaan anda semua untuk menampilkan cerita masing-masing tentang semangat perpaduan dan kebersamaan dengan berkongsi potret terbaik dalam peraduan ‘66 Potret Malaysia’ OPPO.

Berlangsung dari 21 Ogos hingga 17 September 2023 di platform Facebook dan X, anda yang berminat menyertainya perlu klik ‘Like’ dan kongsi siaran kempen ‘66 Potret Malaysia’ di Facebook dan X, sebelum menghantar gambar potret anda di ruangan komen bersama tanda pagar #OPPO66PotretMalaysia #66MerdekawithOPPO #TeamPortraitExpert.

Peraduan terbahagi kepada dua tema: ‘Ikon Malaysia’ (Icons of Malaysia) dan ‘Warna-Warna Malaysia’ (Colours of Malaysia).

Kongsi potret terbaik dalam peraduan ‘66 Potret Malaysia’ OPPO.

Untuk kategori ‘Ikon Malaysia’ (Icons of Malaysia), anda diminta untuk berkongsi foto potret yang menampilkan makanan, tempat, barangan, atau apa sahaja yang paling ikonik, unik dan mencerminkan identiti Malaysia.

Penyertaan untuk kategori ini dibuka dari 21 Ogos hingga 3 September 2023, dan foto terbaik akan memenangi sebuah OPPO Reno10 5G, sementara dua penyertaan akan dipilih secara rambang untuk memenangi OPPO Enco Buds2.

Untuk kategori ‘Warna-Warna Malaysia’ (Colours of Malaysia) pula, penyertaan dibuka dari 4 hingga 17 September 2023 di mana orang ramai dijemput menghantar potret patriotik yang memaparkan warna-warna bendera Malaysia (merah, putih, kuning, dan biru).

Foto terbaik untuk kategori ini akan meraih OPPO Pad Air (4+4GB), sementara dua penyertaan akan dipilih secara rambang untuk membawa pulang OPPO Enco Buds2.

Para pemenang peraduan ini akan diumumkan pada 22 September 2023 menerusi laman rasmi Facebook dan X OPPO.

Maklumat lanjut mengenai peraduan ‘66 Potret Malaysia’, layari https://www.oppo.com/content/dam/oppo/my/store/event/66PotretMalaysiaContest_tnc.pdf


OPPO Reno10 Pro+ 5G, Pakar Potret

Sudah pasti, gambar yang menakjubkan memerlukan alat yang hebat - tidak lain tidak bukan OPPO Reno10 Pro+ 5G, Pakar Potret yang dimuatkan dengan sistem kamera bergred profesional.

Kamera Potret Telefoto 64MP unggulnya, megapiksel tertinggi antara semua kamera telefoto telefon pintar yang ada di pasaran, membolehkan pengguna menangkap foto potret yang cukup jelas pada 3x zum optikal tanpa pikselasi mahupun mampatan imej.

Bersama aperture f/2.5, jarak fokus minimum 25cm, dan sensor kamera 1/2 inci, kamera telefoto canggih dalam OPPO Reno10 Pro+ 5G menawarkan kebebasan tanpa tandingan untuk mencipta foto potret sempurna dengan satu ketikan.

OPPO Reno10 Pro+ 5G, tiada kamera potret lebih baik selainnya.

Ucapkan selamat tinggal kepada masalah bateri, kerana OPPO Reno10 Pro+ 5G membekalkan Teknologi Pengecasan Kilat SUPERVOOC™ 100W - di mana pengecasan 50 peratus boleh dicapai hanya dalam sembilan minit setengah, sementara pengecasan penuh 100 peratus hanya dalam 27 minit.

OPPO Reno10 Pro+ 5G turut dilengkapi SUPERVOOC™ S - set cip pengurusan kuasa tunggal yang menyelaraskan pelbagai fungsi pengecasan dan keselamatan bateri.

Dengan penjimatan ruang papan induk sehingga 45 peratus dan kecekapan nyahcas bateri 99.5 peratus, OPPO Reno10 Pro+ 5G memastikan anda tidak akan terlepas peluang untuk merakam detik-detik berharga dan bermakna.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OPPO Reno10 Pro+ 5G, layari www.oppo.com/my/smartphones/series-reno/reno10-pro-plus/.


Promosi Merdeka OPPO

Sempena sambutan kemerdekaan negara ke-66 dan Hari Malaysia ke-60, OPPO menawarkan jualan promosi dari 26 Ogos hingga 17 September 2023.

Anda akan mendapat akses kepada Plaza Premium Lounge selama tiga jam bernilai RM299 bagi setiap pembelian Reno10 Pro+ 5G; Enco Buds bernilai RM219 untuk setiap pembelian Reno10 Pro 5G; beg Reno bernilai RM109 bagi setiap pembelian Reno10 5G; dan TWS Earbuds bernilai RM109 bagi untuk setiap pembelian A98 5G.

OPPO turut membuat Jualan Kilat: RenoRT 5G untuk RM1,399 (harga asal RM1,799); A77s untuk RM799 (harga asal RM899); dan rebat RM66 untuk setiap pembelian OPPO Pad Air.

Tapi ingat! Sementara stok masih ada. Jadi cepat dapatkan peranti OPPO anda hari ini.


Dapatkan tawaran menarik dengan setiap pembelian peranti OPPO, sementara stok masih ada.