Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki mangsa bot pancung karam yang dinaiki pendatang asing tanpa izin warga Indonesia di Pantai Batu Layar, dekat sini ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5 petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Mohd Fadhli Ismail berkata operasi itu ditamatkan berikutan tiada petunjuk baharu mengenai mayat mangsa akan ditemui selain kemungkinan mangsa yang terselamat melarikan diri.
"Kita sudah memantau kawasan persisiran pantai seluas dua kilometer dan didapati tidak terdapat petanda positif.
Kita juga percaya ada di antara mangsa sudah melarikan diri sebaik dapat menyelamatkan diri kerana takut dicekup pihak berkuatkuasa," kata beliau kepada pemberita di pusat operasi pencarian di sini hari ini.
Mohd Fadhli berkata walaubagaimanapun, pasukan penyelamat masih diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk membantu sekiranya ada mayat baharu ditemui.
Beliau berkata bot pancung yang karam itu juga diterbalikkan bagi memastikan tiada mangsa terperangkap di dalamnya.
Bot itu akan diserahkan kepada pihak polis sebagai bahan bukti, tambahnya lagi.
Sebelum itu, operasi SAR yang melibatkan kira-kira 40 anggota anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi, tertumpu pada kira-kira lima batu nautika persegi dari lokasi bot itu karam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata angka korban dari kejadian bot karam itu adalah sembilan iaitu dua lelaki, enam wanita dan seorang bayi.
"Mayat terakhir ditemui ialah seorang wanita yang dijumpai terdampar pada pukul 4.10 petang, satu kilometer dari tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mereka yang terselamat pula seramai 34 orang, 26 lelaki dan lapan perempuan, yang kini ditempatkan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika Johor Baharu untuk tindakan lanjut.
Bernama
Sun Jul 24 2016
Operasi ditamatkan berikutan tiada petunjuk baharu mengenai mayat mangsa akan ditemui selain kemungkinan mangsa yang terselamat melarikan diri.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
MMA jumpa Dr Dzulkefly untuk perbincangan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan pegawai kementerian bagi membincangkan isu berkaitan petugas penjagaan kesihatan dan penjagaan kesihatan awam.
Jumlah mangsa bot karam meningkat 14 orang, tiga lagi mayat dijumpai
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata satu mayat ditemukan pada pukul 12.30 tengah hari kira-kira 1.5 batu nautika dari Kuala Punggai.
Operasi SAR bot pancung karam di Pantai Batu Layar dihentikan sepenuhnya - Bomba
Operasi ditamatkan berikutan tiada petunjuk baharu mengenai mayat mangsa akan ditemui selain kemungkinan mangsa yang terselamat melarikan diri.