KUANTAN: 229 notis kompaun telah dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang dengan nilai sebanyak RM53,850 melibatkan pelbagai kesalahan merokok di tempat larangan merokok dalam satu operasi selama dua hari yang berakhir pada Sabtu.
Antara lain kompaun dikeluarkan kerana kegagalan pemilik premis memastikan tiada orang merokok serta penjualan rokok yang tidak mengikut peraturan.
Operasi itu bertujuan untuk memperkasakan Dasar Generasi Penamat (GEG), selain menguatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan larangan merokok terhadap Orang Belum Dewasa (OBD).
Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus memaklumkan, menerusi operasi itu didapati seramai 27 Orang Belum Dewasa telah diberikan notis kompaun kerana didapati merokok, menghisap rokok elektronik (vape) atau memiliki hasil tembakau.
“Daripada jumlah tersebut, 18 orang dikesan di kompleks membeli-belah, enam orang di tempat makan, dua orang di taman awam dan seorang di hentian pengangkutan awam.
“Mereka dikenakan kompaun minimum RM50 setiap seorang dan diberi nasihat agar berhenti merokok melalui perkhidmatan berhenti merokok yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, selain itu, notis kompaun juga dikeluarkan kepada seorang penjual rokok kerana gagal mempamerkan tanda larangan penjualan rokok bagi usia bawah 18 tahun.
“Dari 1 Januari hingga 22 Oktober 2022, jabatan ini telah mengeluarkan 7,645 notis kompaun dengan 556 notis daripadanya adalah melibatkan larangan terhadap Orang Belum Dewasa.
“Nilai kompaun keseluruhan yang telah dikeluarkan di bawah PPKHT 2004 adalah sebanyak RM1,830,300,” katanya.
Nor Aimi berkata, jabatan itu akan meneruskan operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 untuk membendung tabiat merokok dan melindungi orang ramai daripada bahaya rokok.
"Bagi golongan perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok, boleh mendapatkan maklumat serta berdaftar melalui laman sesawang jomquit.com.
“Semoga langkah-langkah yang telah diambil dapat membantu melahirkan generasi yang lebih sihat dan bebas dari sebarang bentuk amalan merokok,” katanya lagi.
Amir Hamzah Nordin
Sun Oct 23 2022
Beberapa orang awam disaman oleh pihak berkuasa Jabatan Kesihatan dalam operasi tersebut di sekitar Kuantan.- Foto JKN Pahang
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Operasi rokok: JKN Pahang keluar 229 kompaun bernilai RM53,850
Sebanyak 229 notis kompaun telah dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang dengan nilai sebanyak RM53,850 melibatkan pelbagai kesalahan merokok.