SUBANG: Operasi kedua pembenihan awan di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam di Pulau Pinang dijalankan hari ini, sebulan selepas operasi pertama dijalankan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, operasi tersebut dijalankan berikutan paras air di kedua-dua empangan itu yang kurang mencukupi.
Operasi tersebut merupakan pendekatan proaktif yang dijalankan bersama beberapa agensi iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan negeri Pulau Pinang.
"Ini langkah proaktif di pihak kita selain daripada permohonan daripada kerajaan negeri kerana kapasiti air di dua empangan ini berada di bawah paras yang kondusif dan kurang mencukupi.
"Penilaian mencukupi ialah kapasiti perlu berada pada paras 50 peratus ke atas.
"Laporan terkini yang kita terima, kapasiti Empangan Air Itam pada paras 44.68 peratus dan Empangan Teluk Bahang pada paras 44.4 peratus.
"Kerana itu kita ambil tindakan proaktif, kita tidak mahu tunggu keadaan menjadi serius, maka kita laksanakan operasi pembenihan kali kedua," katanya ketika hadir di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM), Subang bagi menyertai operasi pembenihan awan di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dan Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus.
Armizan juga berkata mana-mana kerajaan negeri boleh membuat permohonan untuk operasi pembenihan awan dijalankan di negeri masing-masing.
Semua permohonan akan dinilai oleh MetMalaysia dan akan dilaksanakan secepat mungkin.
Dalam pada itu, Armizan turut memaklumkan sebanyak enam sungai sudah dikenal pasti berpotensi untuk dijalankan operasi pembenihan awan seterusnya.
Enam sungai itu ialah Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, dan Sungai Similajau.
"Ia sebagai langkah mitigasi bagi membantu sektor pertanian yang terkesan dengan fenomena rejim cuaca yang hadir bersama Monsun Barat Daya, yang diketahui membawa cuaca panas dan kering serta kurang taburan hujan di kawasan terlibat," ujarnya.
Madiha Abdullah
Mon Jun 12 2023

Armizan (depan, tiga dari kiri) hadir di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM), Subang bagi menyertai operasi pembenihan awan. -Astro AWANI
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

P. Pinang pantau KTA Empangan Air Itam, Empangan Teluk Bahang
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga memastikan kapasiti efektif Empangan Air Itam mencapai 50 peratus menjelang Mei ini.

Tiada hujan selepas pembenihan awan - PBAPP
K.Pathmanathan berkata perkara itu berkemungkinan disebabkan keadaan atmosfera dan awan yang tidak begitu menggalakkan pada masa tersebut.

Operasi pembenihan awan kedua dijalankan di dua empangan Pulau Pinang
Kapasiti Empangan Air Itam pada paras 44.68 peratus dan Empangan Teluk Bahang pada paras 44.4 peratus.

P. Pinang terus lakukan pembenihan awan
Chow Kon Yeow berkata operasi pertama yang dilaksanakan pada 2 hingga 4 Mei lepas boleh dianggap membuahkan hasil.

Kapasiti dua empangan di Pulau Pinang turun 50 peratus
Rekod jumlah hujan di kedua-dua empangan itu bagi tiga bulan iaitu Januari hingga Mac menunjukkan hanya Februari merekodkan jumlah hujan yang tinggi.

Paras air dua empangan di Pulau Pinang kritikal
Paras air mentah di dua empangan utama di Pulau Pinang kini berada pada paras kritikal ekoran musim kemarau yang melanda.

Simpanan air Pulau Pinang turun 25 peratus, penduduk diminta kurangkan penggunaan
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang meminta penduduk tempatan menggunakan air secara berhemat berikutan keadaan cuaca kering sejak awal Januari lepas.