Operasi pembenihan awan di Sri Aman, Sarawak semalam berjaya menurunkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu daripada tahap bahaya lebih 400 semalam kepada tahap tidak sihat 125 pada pukul 10 pagi tadi.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan pada Sabtu berkata kebakaran hutan belukar di Kampung STC Sri Aman, Jalan Tisak Betong dan Jalan Ketajau yang menyebabkan jerebu teruk di kawasan itu juga sedang dalam tindakan pemadaman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Dalam pada itu, JAS berkata secara keseluruhannya kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia masih menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia, bahagian Barat Sarawak dan sekitar kawasan Tawau dan Sandakan, Sabah.
Berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) semalam, katanya imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20, menunjukkan terdapat peningkatan titik panas (hotspot) di Sumatera iaitu sebanyak 676.
"Manakala titik panas di Kalimantan, Indonesia berkurangan kepada 332, dan 20 titik panas dikesan di dalam negara iaitu di Semenanjung Malaysia (9), Sarawak (7) dan Sabah (4)," katanya.
Menurut JAS, Peta Jerebu Serantau dikeluarkan ASMC semalam pula menunjukkan kluster titik panas di Sumatera Tengah, Sumatera Selatan, Riau dan Jambi berterusan melepaskan asap jerebu sederhana hingga tebal.
"Asap jerebu dari Sumatera memberi kesan kepada hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia. Di Kalimantan, kluster titik panas di Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan berterusan melepaskan asap jerebu dimana memberi kesan jerebu di Sarawak," jelasnya.
Setakat pukul 5.00 petang tadi, sebanyak 18 stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan pada tahap tidak sihat dengan empat daripadanya di Sarawak iaitu Kuching (159), Samarahan (139), Sarikei (113) dan Sri Aman (107).
Di Selangor stesen terbabit ialah Johan Setia, Klang (152), Petaling Jaya (145), Shah Alam (128), Banting (115) dan Klang (113); manakala Kuala Lumpur melibatkan stesen Batu Muda serta Cheras masing-masing merekodkan bacaan 158 dan 150; dan Putrajaya 138.
Kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (138) dan Seremban (127) di Negeri Sembilan; Segamat (131) dan Tangkak (102) di Johor; serta Jerantut (114) dan Temerloh (102) di Pahang.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 21 2019
![Operasi pembenihan awan berjaya kurangkan gejala jerebu di Sri Aman - JAS Operasi pembenihan awan berjaya kurangkan gejala jerebu di Sri Aman - JAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71568950896_TBSRIAMAN.jpg)
Sri Aman adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat bencana jerebu. - Gambar fail
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Gunung Merapi meletus lagi Gunung Merapi meletus lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583221943_GunungMerapi.jpg)
Gunung Merapi meletus lagi
Agensi Gunung Berapi Indonesia memberi amaran kepada penduduk agar tidak berada dalam zon larangan bagi mengelakkan risiko bahaya akibat aliran bahan piroklastik.
![Jangan abaikan suara penduduk Riau Jangan abaikan suara penduduk Riau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71442308187_MelawanAsao.jpg)
Jangan abaikan suara penduduk Riau
Penduduk Riau gesa Presiden Indonesia, Joko Widodo ambil peduli suara penduduk Riau menerusi sebuah video.