PASIR MAS: Operasi mencari seorang lelaki yang terjun dari Jambatan Tendong, di sini disambung pagi tadi.

Mangsa yang berusia 43 tahun dikatakan terjun dari atas jambatan berkenaan sekitar jam 11 malam tadi.

Laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan memaklumkan individu berkenaan bertindak terjun dari Jambatan Tendong ke dalam Sungai Kelantan dan meninggalkan kereta yang dipandunya di atas jambatan berkenaam.

"Komander operasi mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja pencarian dipinggiran tebing sungai, bot penyelamat diturunkan pada jam 1.42 pagi dan anggota bertindak membuat kerja-kerja pencarian dipermukaan  sungai.

"Operasi dijalankan selepas menerima maklumat berhubung kejadian sekitar jam 11.30 malam tadi, namun gagal menemui mangsa," kata  satu kenyataan. 

Operasi di sambung jam 8 pagi tadi dengan pencarian dilakukan oleh tujuh orang penyelam dari Unit Penyelamatan di Air, PPDA Bomba.



Turut berada di lokasi bekas ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi meninjau pencarian yang dijalankan yang turut dibantu Polis, Angkatan Pertahanan Awam dan lain lain.

Mangsa yang berasal dari kampung Kubang Batang, Pasir Mas merupakan seorang petani padi dan mempunyai isteri  seorang anak  berusia 4 tahun.

Pasukan penyelam juga melakukan selaman hampir 70 meter di dasar sungai Kelantan.