PORT DICKSON: Operasi di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di sini terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Pusat Khidmat Pelanggan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan bau minyak yang tinggi iaitu 19 ton menyebabkan pengeluaran pemprosesan air terawat terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.
"Berikutan itu sebahagian besar kawasan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air.
"Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama," katanya.
Katanya, kawasan yang terlibat adalah sebahagian kawasan Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning, Tampin- Linggi sehingga sekitar kawasan Pekan Port Dickson hingga Lukut.
"Turut terlibat dari Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A," katanya.
Dalam pada itu, katanya, pihak Sains bersedia untuk menggerakkan penghantaran air melalui lori tangki dan penempatan tangki statik di tempat-tempat yang terlibat dengan gangguan.
Selain itu, pengguna dinasihatkan untuk menyimpan dan menggunakan air secara berhemah di dalam tempoh masa gangguan.
"Sebarang maklumat dan bantuan sila hubungi 1-300-88-6982," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 05 2024
Operasi di LRA Sungai Linggi terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah. - Foto Sinar Harian
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan bagi mengawal selia profesion itu antara yang dicadang dalam Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.
Thailand tetap sasaran enam emas di Olimpik Paris
Thailand menetapkan sasaran untuk memenangi enam pingat emas dan tiga perak dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Kunjungan Sheikh Al-Azhar ke Malaysia penghormatan besar untuk negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia sebagai penghormatan besar kepada negara.
Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri
Pemain kebangsaan dan tonggak utama Selangor FC (SFC) Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim mula menjalani fisioterapi yang lebih intensif bagi memulihkan fungsi pergerakan tangan kirinya.
Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan
Duta Besar Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom kagum akan keprihatinan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mendalam terhadap nasib masyarakat yang memerlukan.
Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad
Malaysia akan terus lantang bersuara di setiap pentas dunia agar pembunuhan kejam rakyat Palestin dihentikan serta gencatan senjata di Gaza kekal, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Tan Sri Shahrir Ab Samad terhadap beliau.
Subsidi RON95: Cari mekanisme berkesan, buat secara berperingkat - Dr Barjoyai
Perancangan untuk penyasaran semula subsidi petrol wajar dijalankan secara berperingkat supaya ia tidak mencetuskan kejutan seperti yang berlaku pada diesel.
AWANI Ringkas: Tabung solidariti Selangor FC raih lebih RM76,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [03/07/2024] - Penjelasan penjualan MAHB | Mahkamah tolak permohonan Najib | Aliff Aziz, Ruhainies didakwa | Debaran EURO 2024 semakin hampir
#AWANI745 malam ini bersama Jasmine Abu bakar;
1. Tidak ada syarikat milik Israel boleh berurusan di Malaysia
2. Perkara rahsia, jangan dikongsi, atau berdepan digantung tugas
3. Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak salah berkhalwat
4. Siapa bakal mara? Jerman, Sepanyol, Perancis? Atau mungkin England?
1. Tidak ada syarikat milik Israel boleh berurusan di Malaysia
2. Perkara rahsia, jangan dikongsi, atau berdepan digantung tugas
3. Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak salah berkhalwat
4. Siapa bakal mara? Jerman, Sepanyol, Perancis? Atau mungkin England?
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.