KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung segera operasi sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), ibu negara selepas tular satu video klip dipercayai menghina agama Islam.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, tindakan itu sebagai mesej jelas bahawa pihaknya dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti melibatkan agama, bangsa dan kedaulatan negara.
"Justeru, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Lumpur, DBKL tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu-isu sebegini.
"Saya berharap insiden sebegini tidak akan berulang lagi di mana-mana premis yang berada dalam Wilayah Persekutuan mahupun di seluruh negara.
"Justeru, operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa, di samping laporan orang awam juga sentiasa diperlukan bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Pada Sabtu, tular video berdurasi 50 saat memaparkan seorang wanita yang menyatakan telah menghafal 15 juzuk Al-Quran namun secara tiba-tiba membuka pakaiannya satu demi satu sehingga mencolok mata.
Laporan media tempatan menyatakan kejadian dipercayai berlaku di sebuah kelab berunsurkan komedi di sekitar Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata, pihaknya mengambil maklum video berkenaan mengundang rasa tidak selesa dan terganggu dalam kalangan umat Islam di negara ini.
"Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melakukan siasatan awal, dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 yang boleh membawa kepada denda
tidak melebihi RM3,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
"Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga difahamkan telah melakukan siasatan melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan atau niat jahat memudaratkan keadaan harmoni.
"Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," ujarnya.
Astro Awani
Sun Jul 10 2022
![Operasi kelab komedi di TTDI digantung sementara Operasi kelab komedi di TTDI digantung sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/51522412009_DBKL.jpg)
DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti melibatkan agama, bangsa dan kedaulatan negara.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Pemilik kelab komedi Crackhouse didenda RM8,000 buat hantaran video sentuh sensitiviti kaum Pemilik kelab komedi Crackhouse didenda RM8,000 buat hantaran video sentuh sensitiviti kaum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688716219_TBRIZALCOMEDYCLUB.jpg)
Pemilik kelab komedi Crackhouse didenda RM8,000 buat hantaran video sentuh sensitiviti kaum
Pemilik kelab komedi Crackhouse Mohamad Rizal Johan Van Geyzel didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum.
![Wanita tanggal baju kurung, tudung di kelab komedi didenda RM8,000 Wanita tanggal baju kurung, tudung di kelab komedi didenda RM8,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681718703_SitiNuramira.jpg)
Wanita tanggal baju kurung, tudung di kelab komedi didenda RM8,000
Seorang wanita yang menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika komediri di sebuah kelab komedi, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.
![Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679309707_TBSitiNuramiraAbdul.jpg)
Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut
Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit.
![Mahkamah dengar permohonan semakan kehakiman pemilik kelab komedi 23 Mei Mahkamah dengar permohonan semakan kehakiman pemilik kelab komedi 23 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674726648_TBRIZALCOMEDYCLUB.jpg)
Mahkamah dengar permohonan semakan kehakiman pemilik kelab komedi 23 Mei
Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Mei depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman Crackhouse Comedy Club bagi mencabar tindakan DBKL.
![Pengasas kelab komedi mengaku tidak bersalah dakwaan hantar komunikasi jelik Pengasas kelab komedi mengaku tidak bersalah dakwaan hantar komunikasi jelik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658470236_RizalVanGezyel.jpg)
Pengasas kelab komedi mengaku tidak bersalah dakwaan hantar komunikasi jelik
Tertuduh, Rizal Van Gezyel, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Abdul Razak.
![Pemilik kelab komedi dituduh di mahkamah hari ini Pemilik kelab komedi dituduh di mahkamah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652603483_PDRM.jpg)
Pemilik kelab komedi dituduh di mahkamah hari ini
Pertuduhan akan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Sesyen Jenayah (Mahkamah Siber Kuala Lumpur).
![Pemilik kelab komedi dakwa diugut Pemilik kelab komedi dakwa diugut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/71453217645_PolisLogo.jpg)
Pemilik kelab komedi dakwa diugut
Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pemilik kelab komedi yang mendakwa keluarganya menerima ugutan bunuh.
![Polis buru dua lelaki simbah cat di Crackhouse Comedy Club Polis buru dua lelaki simbah cat di Crackhouse Comedy Club](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658229974_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis buru dua lelaki simbah cat di Crackhouse Comedy Club
Sebahagian cat yang dibaling oleh lelaki berkenaan turut terkena pintu utama sebuah bank tempatan berhampiran.
![Jawi tahan Siti Nuramira, didakwa esok di Mahkamah Tinggi Syariah Jawi tahan Siti Nuramira, didakwa esok di Mahkamah Tinggi Syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658206251_SitiNuramiraAbdu.jpg)
Jawi tahan Siti Nuramira, didakwa esok di Mahkamah Tinggi Syariah
Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan penguat kuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin ditemani peguamnya, Ramesh Chandran.
![Kes hina Islam: Siti Nuramira, kekasih bayar ikat jamin RM40,000 - Peguam Kes hina Islam: Siti Nuramira, kekasih bayar ikat jamin RM40,000 - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658131003_HinaIslamRM.jpg)
Kes hina Islam: Siti Nuramira, kekasih bayar ikat jamin RM40,000 - Peguam
Jumlah ikat jamin itu merupakan kutipan sumbangan orang ramai menerusi akaun bank pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia, 'Lawyers for Liberty' (LFL).