ALOR SETAR: Operasi anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah, Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) telah ditamatkan bagi membolehkan syarikat itu melunaskan tunggakan gaji dan hutang yang diwarisi sejak sekian lama.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, KAHB tidak boleh ditutup serta-merta biarpun menanggung kerugian kerana masih terikat kepada komitmen tertentu.
Menurutnya, ini kerana syarikat itu masih perlu menyelesaikan hutang selain memiliki aset dan beberapa liabiliti.
“Sudah dimaklumkan sebelum ini, syarikat tersebut tidak berdaya maju. Diputuskan untuk penamatan operasi yang sepatutnya sudah lama dibuat. Biarpun sudah terlewat kita buat (tutup operasi) juga.
“KAHB bukan ditutup, hanya tamatkan operasi. Masih ada aset-aset, liabiliti, malah ada hutang lagi. Jadi tak boleh tutup, hanya menamatkan operasi. Kena ada lagi orang sebab nak bayar hutang, aset ada lagi, liabiliti ada. Kena ada orang tunggu situlah,” katanya pada sidang akhbar selepas program Cahaya Ramadan Yayasan TM bersama anak yatim di Pekan Rabu, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan surat tular berkaitan notis penamatan perkhidmatan kakitangan KAHB yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah yang bersidang pada 17 Mac lalu.
Surat berkenaan menyebut penamatan perkhidmatan pekerja tersebut berkuat kuasa 31 Mac dan bayaran ganti rugi adalah mengikut terma pelantikan. Syarikat juga akan membayar tunggakan gaji serta faedah yang termaktub dalam peruntukan undang-undang.
Sanusi yang juga Pengerusi MBI Kedah berkata, jumlah sebenar hutang yang ditanggung KAHB tidak dapat didedahkan namun syarikat berkenaan akan berusaha melunaskannya.
“Jumlahnya (hutang) saya tak tahu. Itu aktiviti syarikat kena tanya mereka. Yang saya tahu terlalu banyak dan tak mampu melangkah lagi,” ujarnya.
Ditanya sama ada kerajaan negeri akan membantu KAHB melangsaikan hutang termasuk tunggakan gaji pekerja, Sanusi tegaskan, tiada keperluan berbuat demikian.
“Tak boleh, kerajaan negeri tak boleh buat macam itu, itu kerja orang terdahulu. GLC yang tak berdaya maju, polisi saya adalah tutup. Tak salah kan?
“Ada orang kasihan, namun daripada dua juta rakyat Kedah nak jaga 24 orang buat apa, saya ulang banyak kali dah sampaikan orang marah, sedangkan saya cakap yang benar,” katanya.
KAHB menjadi perhatian setelah tular di media sosial surat bertarikh 12 Februari 2024, yang dihantar kepada Biro Pengaduan Awam Negeri Kedah berhubung tunggakan gaji kakitangan KAHB yang didakwa tidak dibayar sehingga sembilan bulan.
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, KAHB akan membayar RM 560,000 gaji semasa dan tunggakan setelah ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah KAHB.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 06 2024
Bangunan Wisma Kedah Agro yang terletak di Alor Setar. - foto Sinar Harian
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Operasi KAHB ditamatkan, bukan tutup - Sanusi
Operasi Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) telah ditamatkan bagi membolehkan syarikat itu melunaskan tunggakan gaji dan hutang yang diwarisi.