Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali normal pagi ini selepas mengalami kegagalan peralatan rangkaian sejak Rabu lepas.
Tinjauan Bernama mendapati sehingga 9.30 pagi ini, penumpang kelihatan berurusan seperti biasa, proses mendaftar masuk lancar dan Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS) pulih dengan memaparkan maklumat terkini.
Keadaan yang semakin baik itu berikutan penggantian peralatan rangkaian pada 23 Ogos lalu seperti yang diumumkan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Bagaimanapun, jurucakap MAHB berkata sistem itu dilihat ada kemajuan positif selepas penggantian itu, tetapi pasukan masih memantau kestabilannya kerana beberapa isu berkala.
Difahamkan, MAHB akan mengeluarkan kenyataan media petang ini mengenai status terkini keadaan di lapangan terbang itu.
Gangguan teknikal terhadap Sistem Pengurusan Keseluruhan Lapangan Terbang (TAMS) sebelum ini menyebabkan penerbangan tertangguh, penumpang terpaksa beratur panjang dan berasa kecewa.
Ia juga menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi, FIDS, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.
Jumlah Duta Airport CARE juga dilihat berkurangan berbanding sebelum ini. Mereka bekerja sejak gangguan itu berlaku bagi memastikan keselesaan penumpang dan turut mengedarkan makanan kepada penumpang yang beratur panjang.
Tweet daripada Khyun0409 pada 7.45 pagi menyatakan: "Dah okay dah. Me lining up to get ticket now. Klia2 not sure. Klia already back to normal" (Sudah okey. Saya beratur untuk mendapatkan tiket sekarang. Klia2 tidak pasti. KLIA sudah kembali normal).
Seorang lagi pengguna Twitter gunaseelank menulis pada 9 malam tadi :"#MYairportsupdates it's looking pretty calm and peaceful at KLIA. Just checked in to KLM flight. Thanks @MY_Airports for working hard to get things slowly back to normal" (#MYairportsupdates kelihatan tenang di KLIA. Baru mendaftar masuk ke penerbangan KLM. Terima kasih @MY_Airports kerana bekerja keras dan memastikan operasi kembali normal).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 25 2019

Operasi di KLIA kembali normal pagi ini selepas mengalami kegagalan peralatan rangkaian sejak Rabu lepas. -Gambar fail
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Gangguan sistem di KLIA tiada unsur salah laku atau rasuah - SPRM
Gangguan sistem di KLIA tidak mempunyai kaitan dengan sebarang salah laku atau unsur rasuah, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.

Operasi di KLIA pulih selepas 4 hari alami gangguan teknikal
Jurucakap MAHB berkata sistem itu dilihat ada kemajuan positif selepas penggantian, tetapi pasukan masih memantau kestabilannya kerana beberapa isu berkala.