KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) akan melaksanakan operasi pengauditan dan pemutihan secara komprehensif, meliputi 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula minyak masak peket yang beroperasi di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi tersebut bertujuan mendapatkan status sebenar jumlah minyak masak peket yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluaran dan pembungkusan.
Selain itu, ujarnya operasi berkenaan turut membolehkan kerajaan mendapatkan maklumat lengkap penerima minyak masak bersubsidi tersebut.
"Kerajaan telah mengerahkan pihak penguat kuasa yang terdiri daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menggempur dari peringkat kilang pembungkusan sehingga ke sempadan negara untuk memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan
"Langkah ini demi memastikan peruntukan subsidi minyak masak sebanyak RM4 bilion yang disalurkan pada tahun ini untuk mengurangkan beban Keluarga Malaysia tidak tiris dalam setiap peringkat rantaian serta sampai kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perdana Menteri sebelum itu mempengerusikan mesyuarat NACCOL yang dihadiri beberapa menteri Kabinet serta wakil daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Hadir sama Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA).
Sebanyak lima kertas dibentangkan dalam mesyuarat tersebut oleh KPDNHEP, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta DOSM.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata tindakan tegas termasuk membatalkan kuota dan lesen yang telah diberikan kepada pengilang dan pembungkus akan diambil dalam usaha menangani ketirisan pengedaran minyak masak bersubsidi.
Beliau menambah, perangkaan semasa menunjukkan edaran minyak masak peket bersubsidi dalam negara berjumlah 60,000 metrik tan sebulan adalah melebihi daripada penggunaan isi rumah dalam negara.
Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri berkata mesyuarat turut bersetuju agar sekuriti makanan dijadikan keutamaan dalam konteks keselamatan dalam negeri bagi mengatasi masalah tersebut, yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup Keluarga Malaysia.
Kerajaan juga kata beliau akan memperhebat Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dengan jualan barangan keperluan asas pada harga yang lebih murah.
"PJKM akan melibatkan kerjasama strategik bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan serta diperluas ke institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
"Program yang akan diterajui bersama oleh KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Wilayah Persekutuan ini turut dilaksanakan dalam konsep bergerak," ujar beliau.
Selain itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan turut memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di restoran-restoran koperasi dan kafeteria, serta premis jualan makanan di institusi-institusi pengajian tinggi sebagai alternatif bagi mendapatkan hidangan pagi, tengah hari dan malam pada harga yang berpatutan.
Tegas beliau, kerajaan sentiasa mendengar keluhan Keluarga Malaysia dan berusaha untuk memastikan cabaran kos sara hidup dapat dihadapi dengan sebaik mungkin.
Astro Awani
Mon Jul 04 2022

Ismail Sabri berkata, operasi tersebut bertujuan mendapatkan status sebenar jumlah minyak masak peket yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluaran dan pembungkusan. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Syor IPT wujudkan jawatankuasa khas tangani kenaikan kos, contohi inisiatif UPSI - Ahmad Masrizal
Ahmad Masrizal melakukan lawatan mengejut di UPSI bagi meninjau tahap pengurusan universiti dalam menghadapi kos sara hidup di kampus.

Operasi audit, pemutihan minyak masak peket babit polis, tentera, KPDNHEP digerak seluruh negara
Operasi bertujuan mendapatkan status sebenar jumlah minyak masak peket yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluaran dan pembungkusan.

"Siapa yang bangang?" - Noh selar Anwar
Noh mendesak agar pembangkang tidak mengambil kesempatan terhadap isu kenaikan harga barangan yang sedang menghimpit rakyat ketika ini.

Bekalan minyak masak peket pulih dalam masa terdekat - KPDNHEP
Kekurangan bekalan minyak masak peket yang berlaku setiap bulan akan pulih dalam masa terdekat selepas kerja-kerja pembungkusan dan agihan minyak dilakukan.

Harga barang naik, Indonesia perlu kepimpinan baharu - Sandiaga Uno
Antara bahan yang mencatatkan kenaikan termasuk bawang putih yang telah naik lebih 100 peratus sejak Januari sehingga April.