Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) gagal menemui objek terapung di Lautan Hindi dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370, semalam.
Bagaimanapun, AMSA dalam kenyataan mereka pada Ahad memaklumkan bahawa operasi di wilayah Australia itu akan diteruskan lagi hari ini termasuk usaha untuk memastikan sama ada objek tersebut ada kaitan dengan MH370 atau tidak.
"Pesawat P3 Orion oleh Tentera Udara DiRaja New Zealand yang dilengkapi alat pemerhati elektro-optik dilencongkan ke lokasi, tiba selepas pesawat pertama beredar, namum hanya melaporkan melihat ketulan rumpai laut sahaja," maklum AMSA yang turut menyifatkan operasi ini sesuatu yang mencabar.
Semalam, China telah menyalurkan imej satelit ke Australia yang berkemungkinan menunjukkan objek terapung 22.5 meter di selatan Lautan Hindi.
AMSA telah memeta plot kedudukan imej tersebut yang telah jatuh dalam kawasan carian mereka.
Menurut AMSA, pencarian hari ini dibahagikan kepada dua, dalam kawasan yang sama meliputi keluasan 59,000 kilometer persegi, kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.
"Sebanyak lapan pesawat telah dikerah oleh Pusat Koordinasi Menyelamat AMSA bagi melaksanakan operasi hari ini. Pesawat-pesawat awam itu ialah dua Bombardier Global Express, sebuah Gulfstream 5 dan Airbus 319.
"Satu daripada pesawat awam berlepas dari Perth kira-kira 6 pagi, manakala tiga lagi berlepas antara pukul 8 pagi hingga tengah hari," kata kenyataan itu.
Menurut AMSA lagi, pesawat P8 Poseidon milik tentera udara Amerika Syarikat berlepas pada pukul 8 pagi, manakala sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas pada 11.45 pagi.
Selain itu, pesawat P3 Orion milik Tentera Udara DiRaja Australia bertolak dari pengkalan Pearce pada 8:45 pagi disusuli oleh kedua P3 Orion kedua kira-kira jam 11 pagi.
P3 Orion milik New Zealand pula akan berlepas ke kawasan pencarian kira-kira jam 1.00 tengah hari.
Kenyataan itu juga menyebut kapal tentera laut Australia HMAS Success turut menjalankan aktiviti pencarian hari ini.
Sebanyak 20 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat ditugas sebagai peninjau bagi pesawat awam dengan lima orang bagi setiap pesawat, selain seorang Penyelaras Misi Penerbangan Aerorescue.
Tambah AMSA, dua pesawat tentera dari China Ilyushin Il-76 sudah tiba di Pangkalan Pearce RAAF dan AMSA dimaklumkan pesawat terbabit sedia untuk dikerah esok.
Haider Yutim
Sun Mar 23 2014
![Operasi AMSA gagal temui 'objek terapung' satelit China Operasi AMSA gagal temui 'objek terapung' satelit China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51395325204_295x200.jpg)
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Calonnya? Saya tahu semua sudah tahu - Zizan pasang niat kahwin tahun ini Calonnya? Saya tahu semua sudah tahu - Zizan pasang niat kahwin tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61528272002_zizan-kahwin-header.jpg)
"Calonnya? Saya tahu semua sudah tahu" - Zizan pasang niat kahwin tahun ini
Pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya tahun hadapan.
![MH370: Pesawat Australia kesan dua objek, akan diperoleh dalam masa terdekat MH370: Pesawat Australia kesan dua objek, akan diperoleh dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/71395660528_295x200.jpg)
MH370: Pesawat Australia kesan dua objek, akan diperoleh dalam masa terdekat
Perkara itu diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menerima panggilan dari Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di pejabatnya, pada petang Isnin.
![MH370: P8 Poseidon gagal temui 'objek mencurigakan' yang dikesan pesawat China - AMSA MH370: P8 Poseidon gagal temui 'objek mencurigakan' yang dikesan pesawat China - AMSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/41395653202_295x200.jpg)
MH370: P8 Poseidon gagal temui 'objek mencurigakan' yang dikesan pesawat China - AMSA
AMSA dalam satu kenyataan di laman Twitter, memaklumkan bahawa pesawat P8 Poseidon yang ditugaskan meyiasat objek itu tidak berjaya menemuinya semasa operasi tersebut.
![Operasi AMSA gagal temui 'objek terapung' satelit China Operasi AMSA gagal temui 'objek terapung' satelit China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51395325204_295x200.jpg)
Operasi AMSA gagal temui 'objek terapung' satelit China
AMSA akan teruskan usaha memastikan sama ada objek tersebut ada kaitan dengan MH370 atau tidak.