MANJUNG: "Ibu dah meninggal, nanti opah tolong jaga kakak dan abang boleh."
Pertanyaan itu meruntun hati Ropitah Din, 53, nenek kepada Nur Aisyah Umairah, 6, dan Mohamad Hakimi Amsyar, 4, yang terselamat dalam nahas mengorbankan tiga nyawa di Jalan Kampung Koh-Pantai Remis berhampiran Jambatan Raja Permaisuri Bainun dekat Sitiawan, pada malam Sabtu.
Nahas sekitar jam 11 malam itu menjadikan dua beradik berkenaan yatim piatu sekelip mata apabila kedua ibu bapa mereka, Mohamad Adam Che Embi, 33, Nur Hamizza Hamdan, 32, serta adik lelaki, Mohamad Aisy Hakim, 2, terkorban.
BACA: Kereta bertembung punca nahas tiga beranak maut di Sitiawan- Ketua Polis Perak
Nur Aisyah Umairah dan Mohamad Hakimi Amsyar yang terselamat dalam kejadian itu mengalami cedera di dada dan dahi kini menerima rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.
Ropitah yang merupakan ibu kepada Nur Hamizza berkata, dua cucunya itu berada dalam keadaan sedar dan stabil setelah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Saya pergi untuk melihat keadaan mereka, pada mulanya tak sampai hati untuk maklumkan yang ibu bapa dan adik bongsu mereka sudah tidak ada.
"Tetapi tak sangka pula kakak (Nur Aisyah Umairah) mengetahui yang ibunya sudah tiada. Dia tahu yang ibunya meninggal ketika masih di lokasi kejadian lagi.
"Sebab itu dia minta saya jaga dia dan adiknya, dia nak duduk dengan saya dan minta saya sekolahkan dia di sekolah lama ibunya," katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung di sini pada Ahad.
Menurutnya, sebagai nenek, permintaan supaya dapat menjaga mereka membuat hatinya sayu, seolah-olah mereka sudah mengetahui perjalanan yang bakal ditempuh tanpa kehadiran kedua ibu bapa di sisi.
"Sudah tentu saya akan jaga mereka, sejak kecil lagi kami rapat dan mereka pun memang selalu balik kampung," katanya.
Nahas berlaku selepas kereta jenis Proton Saga dinaiki lima beranak itu bertembung dengan sebuah kereta jenis Chevrolet Captiva dipandu seorang wanita dari arah bertentangan.
Kejadian mengakibatkan pasangan suami isteri berkenaan bersama anak bongsu mereka maut di tempat kejadian manakala pemandu Chevrolet berusia 21 tahun mengalami patah kaki.
Ropitah berkata, sebelum kejadian, anak, menantu dan cucunya singgah di rumahnya di Pengkalan Bharu, Pantai Remis.
Katanya, menantunya, Mohamad Adam yang bekerja sebagai juruteknik Tenaga Nsional Berhad (TNB) Jana Manjung juga sempat singgah di rumah ibunya di Kampung Permatang Acheh (Pantai Remis).
"Mereka nampak biasa sahaja, tiada apa-apa perubahan, sebelum balik mereka ada mohon maaf dan Adam minta doakan dia berjaya kerana ada temu duga untuk kenaikan pangkat pada Rabu depan," katanya.
Sementara itu, kakak sulung Mohamad Adam, Salmirawati Che Embi, 46, berkata, ibu mereka masih terkejut dengan kejadian itu.
"Mula dapat berita kami tak percaya kerana baru sahaja berjumpa, tetapi apabila sudah dapat pengesahan daripada polis, barulah kami dapat terima berita ini.
"Mak masih dalam keadaan lemah kerana terkejut dengan pemergian adik dan keluarga," katanya.
Ketiga-tiga jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Bharu selepas solat Zuhur.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 12 2022
Nur Aisyah Umairah dan Mohamad Hakimi Amsyar jadi yatim piatu selepas ibu bapa dan adik lelaki mereka terkorban dalam nahas dua kereta di Jalan Kampung Koh-Pantai Remis pada Sabtu. -Foto pembaca (Gambar kecil: Ropitah)
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Opah tolong jaga kakak dan abang, boleh?' - Nenek sayu dengar permintaan cucu yatim piatu
Nur Aisyah Umairah dan Mohamad Hakimi Amsyar yang terselamat dalam kejadian itu mengalami cedera di dada dan dahi kini menerima rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.