IPOH: Miram Kadir, 77, meninggal dunia awal pagi Sabtu di kediaman anak perempuannya di Flat Ashby Road, di sini.
Khabar sedih itu disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Puteri Kebajikan Negeri Perak, Wan Noorashikin Noran, yang memberitahu Miram atau dikenali sebagai opah, meninggal dunia dalam tidur.
Katanya, pemergian opah disedari oleh anak perempuannya pada jam 6 pagi tadi.
Menurutnya lagi, jenazah opah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kepayang selepas solat Zohor hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan kehidupan opah yang tinggal bersama-sama anak lelakinya di Flat Taman Silibin.
Kisah dua beranak hidup dalam sampah serta daif yang menyentuh hati jutaan rakyat Malaysia baru-baru ini dilihat sudah menemui titik noktah.
Pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menghulurkan bantuan dan khidmat nasihat.
Difahamkan Miram sudah diambil dan dijaga oleh salah seorang anak perempuannya yang menetap di Ipoh, selain rumah di Flat Taman Silibin dibersihkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Aida Aziz
Sat Feb 10 2024

Pemergian opah disedari oleh anak perempuannya pada jam 6 pagi tadi. - Astro AWANI

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Opah Miram sudah tiada...
Jenazah opah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kepayang selepas solat Zohor hari ini.