KUALA LUMPUR: Seramai 446 tokan dadah ditahan menerusi Operasi Tapis Khas Siri 1/2023 di kawasan ladang di Felda, Felcra, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perkampungan nelayan di seluruh negara pada 17 hingga 19 Januari lalu.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi kenyataan di Facebook rasminya berkata, operasi itu turut menahan 183 orang dikehendaki berkaitan jenayah narkotik.
Menurut kenyataan itu, JSJN juga merampas 894 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah, 53.23 liter pelbagai jenis cecair dadah, 647.6 kg daun ketum dan 695.61 liter air ketum yang membawa nilai rampasan adalah sebanyak RM 4.64 juta.
"Menerusi operasi itu juga JSJN menahan tujuh lelaki dengan rampasan 840.7 kg ganja yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta di Pulau Pinang dan Perak.
"Selain itu, JSJN turut menahan seorang lelaki dengan rampasan sejumlah 39.8 kg serbuk ekstasi yang dianggarkan bernilai RM1.9 juta di Sarawak," ujarnya.
Tambah kenyataan itu lagi, sebanyak empat laras senapang, sepucuk pistol, 57 peluru hidup dan sebilah pedang 'samurai' berjaya dirampas sepanjang operasi itu
"JSJN akan terus berusaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah.
"JSJN berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka ke Hotline JSJN di talian 012-208 7222," katanya.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 20 2023
Operasi itu turut menahan 183 orang dikehendaki berkaitan jenayah narkotik. - Sinar Harian
Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Tiga disyaki "tokan dadah" diberkas di Teluk Intan
Tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah diberkas dalam satu serbuan di kawasan parkir sebuah pasar raya di Teluk Intan, Sabtu lepas.
'Tokan' dadah dikehendaki antara 3 dicekup
Suspek ditahan bersama dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun dipercayai penagih dadah.
'Tokan' dadah 'pandu lalu' dicekup
Menggunakan kaedah menjual dadah secara pandu lalu (drive-thru) adalah antara modus operandi terbaharu seorang 'tokan' mengedar dadah.
Op Tapis berkas 446 tokan dadah
Seramai 446 tokan dadah ditahan menerusi Operasi Tapis Khas Siri 1/2023 di kawasan ladang di Felda, Felcra, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perkampungan nelayan di seluruh negara.
Anggota polis cedera ditikam bergelut dengan tokan dadah
Seorang anggota polis cedera ditikam di betis dalam pergelutan ketika manangkap tokan dadah di tepi jalan Kampung Paya Mat Insun, Bukit Jenun.
'Tokan' dadah tunggu pelanggan dicekup
Lelaki berusia 50 tahun yang didakwa aktif mengedar dadah di sekitar Kedawang itu ditahan polis di hadapan sebuah premis, pada jam 10 malam.
Polis berkas lelaki dipercayai tokan dadah selepas pergelutan
Polis turut menjumpai tujuh paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine bernilai kira-kira RM10,000.
Lelaki 27 tahun dalang dadah bernilai RM1.19 juta di Sarawak
Suspek yang berbangsa Bidayuh dicekup dalam satu serbuan di sebuah kedai kopi di Batu 6 1/2, Jalan Penrissen.
Ops Sarang: 29 lelaki termasuk tokan dadah ditahan dalam kebun kelapa sawit
Kesemua lelaki tersebut ditahan hasil penangkapan seorang pengedar dadah berusia 30an di kebun tersebut.
Dua tokan dadah ditahan dalam serbuan di Kubang Pasu
Dua lelaki dipercayai tokan dadah sanggup bergelut dalam cubaan melarikan diri bersama dadah ketika rumah mereka diserbu di Mukim Padang, Tunjang, Sabtu malam.