Sumber SPRM memberitahu, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 38 dan 54 tahun itu ditahan ketika dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM, Putrajaya, petang semalam.
Katanya, Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu mengeluarkan perintah reman selama lima hari terhadap kesemua suspek, mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Dengan penahanan itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan dalam Op Selat sejak 16 November lalu kini menjadi 53 orang.
Jumlah itu termasuk 33 pegawai Imigresen yang bertugas di KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan bangunan Sultan Ismail Johor Bahru.
Dalam pada itu, SPRM juga telah mengemukakan permohonan untuk menyambung perintah reman ke atas 10 suspek yang lain dan membebaskan dengan jaminan dua orang awam terlibat dengan membenarkan akaun mereka digunakan untuk transaksi rasuah.