KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan penurunan 1.41 peratus kes kemalangan jalan raya di seluruh negara sepanjang tempoh Op Selamat 22 sempena sambutan Aidilfitri bermula 8 hingga 13 April lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
"Kes kemalangan maut juga menurun 10 peratus dengan 105 kes berbanding 117 kes pada tahun lepas, manakala jumlah kematian turut mencatatkan pengurangan enam peratus dengan 119 kematian berbanding 126 kematian pada tahun sebelumnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar.
Razarudin berkata penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan kematian tertinggi dengan 79 kematian berbanding 80 kematian yang direkodkan pada tahun lepas.
"Berdasarkan kajian, kemalangan yang berlaku berpunca daripada kegagalan mengawal kenderaan sehingga terbabas akibat keletihan dan mengantuk serta tidak menjaga jarak pemanduan selamat antara kenderaan.
"Saya percaya bahawa penurunan kes kemalangan adalah impak positif hasil daripada kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan jalan raya serta amalan pemanduan yang berhemah," katanya.
Selain itu, Razarudin berkata JSPT merekodkan peningkatan jumlah saman pada Op Selamat 22 apabila sebanyak 114,467 saman dikeluarkan berbanding 29,216 saman pada Op Selamat yang lepas iaitu meningkat kepada 85,251 saman.
Katanya statistik kes jenayah pecah rumah pada Op Selamat kali ini mencatatkan 189 kes berbanding 272 kes pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Mohd Nasri menyampaikan ucapan pada Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Pulapol Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
Op Selamat 22: Polis tumpu 30 lokasi kerap kemalangan
Polis Selangor akan melaksanakan Op Selamat 22 di 30 lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan dan kesesakan jalan raya di negeri ini bermula 8 hingga 13 April.
Op Selamat 22 sempena Aidilfitri pada 8 hingga 13 April - KPN
PDRM akan melaksanakan Op Selamat 22 sempena Aidilfitri pada 8 hingga 13 April ini dengan tema Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi.