Seramai 1,609 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah selepas pihak polis berjaya menggempur 247 sarang penagihan dadah di seluruh negara.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, kesemua yang ditahan dalam Op Ice Breaker fasa kedua yang bermula Jumaat.
Kesemua yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah termasuk membekal, memiliki serta disahkan positif dadah.
Tambahnya, pihak polis juga turut berjaya merampas pelbagai jenis dadah termasuk syabu seberat 2,833.4 gram, heroin (1,422.8 gram), ganja (416.8 gram), yaba (220.1 gram), pil erimin five (41.7 gram), serta daun ketum seberat 406,070 gram.
Nilai keseluruhan rampasan berjumlah hampir RM150,744.
"Kita telah menyerbu 247 (port penagihan) jadi kita telah menangkap seramai 181 orang satu Malaysia, yang terlibat mempunyai bekalan, bekalan ni bermakna mereka yang mempunyai dadah untuk diniagakan.
“Ini kategori tokan seramai 181 orang, sementara yang memiliki sedikit ialah 352 orang yang dituduh di bawah 12(2) dan Seksyen Akta Dadah Bahaya, manakala yang urin positif seramai 1012 orang, jadi ini terlalu ramai, dan mereka akan dituduh bawah seksyen 15(1)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Operasi Ice Breaker 2.0 di Kampung Bukit Malut, Langkawi, pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Khalil menegaskan seramai 69 individu ditahan termasuk lima orang wanita selepas pihaknya menggempur empat sarang penagihan di Pulau Langkawi.
Daripada jumlah terbabit, seramai 44 individu disahkan positif dadah dan 11 orang ‘tokan’ turut berjaya ditahan.
Astro Awani
Sat Jan 11 2020
Khalil menegaskan seramai 69 individu ditahan termasuk lima orang wanita selepas pihaknya menggempur empat sarang penagihan di Pulau Langkawi. - Foto Astro AWANI
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
Op Ice Breaker: 247 'port' digempur, 1609 penagih ditahan
Seramai 1,609 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah selepas pihak polis berjaya menggempur 247 sarang penagihan dadah di seluruh negara.