KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengeluarkan larangan kepada pengembara dari 26 negara yang dikenal pasti telah melaporkan penularan varian Omicron, daripada menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi (GPL).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negara tersebut adalah United Kingdom, Portugal, Belanda, Australia, Kanada, Korea Selatan, Hong Kong (SAR China), Israel, Itali, Jerman, Denmark, Sweden, Nigeria dan Belgium.
Negara lain ialah Jepun, Brazil, Norway, Republik Czech, Perancis/Reunion Island, Austria, Arab Saudi, Sepanyol, Ghana, Republik Ireland, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat (California).
Beliau berkata pengembara dari negara berkenaan atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara tersebut dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan untuk menyertai GPL.
"Sementara itu, bagi penduduk Langkawi (warganegara dan pemegang pas lawatan panjang) dari negara-negara yang disenaraikan atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara tersebut dalam tempoh 14 hari, mereka perlu melalui pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sahaja.
"Selain itu, (mereka perlu) menjalani kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke Langkawi. Penerbangan terus ke Langkawi tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata pengembara dari negara-negara yang berisiko tinggi tetapi tidak melaporkan kes varian membimbangkan (VOC) Omicron atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara berkenaan dalam tempoh 14 hari juga tidak dibenarkan menyertai GPL.
Senarai negara tersebut ialah Benua Eropah (Rusia, Georgia, Poland, Ukraine, Romania, Slovakia, Macedonia Utara, Guernsey dan Croatia), Amerika Syarikat (French Guiana), Pasifik Barat (Filipina), Mediterranean Timur (Libya dan Jordan), Asia Tenggara (Bangladesh) dan Afrika (Angola, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Zambia dan Zimbabwe).
Pada masa sama, beliau berkata KKM juga sentiasa menjalankan penilaian risiko berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan bagi menentukan tahap risiko sesebuah negara itu sebelum dibenarkan menyertai GPL antaranya insiden COVID-19 dan liputan imunisasi di negara-negara tersebut.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 515 kes baharu varian dilaporkan dari 25 Nov hingga 2 Dis menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus COVID-19 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian yang mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 4,692 kes.
Katanya daripada jumlah itu 4,672 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI dan secara keseluruhan, sehingga kini terdapat sebanyak 4,432 kes VOC varian Delta; 226 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.
Bagi kes VOI, sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta direkodkan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021

Pengembara dari negara-negara yang berisiko tinggi tetapi tidak melaporkan kes varian membimbangkan (VOC) Omicron atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara berkenaan dalam tempoh 14 hari juga tidak dibenarkan menyertai GPL. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Omicron: Pengembara dari 26 negara tidak dibenar sertai GPL
Kementerian Kesihatan mengeluarkan larangan kepada pengembara dari 26 negara yang dikenal pasti telah melaporkan penularan varian Omicron, daripada menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi (GPL).

Gelembung pelancongan antarabangsa: Penggiat industri bertanggungjawab pastikan kesihatan pelancong
Kebenaran untuk pelancong antarabangsa memasuki negara ini diyakini mampu memulihkan industri tersebut secepat mungkin.

MOTAC sedia laksana gelembung pelancongan di Sarawak - Nancy Shukri
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersedia untuk melaksanakan inisiatif gelembung pelancongan di Sarawak sejurus arahan rentas negeri dibenarkan.