CHUKAI: Setiap kali musim Monsun Timur Laut tiba, ombak besar dan angin kencang yang berlaku pastinya meresahkan nelayan pantai, namun buat peminat sukan luncur air, waktu itu sememangnya amat dinantikan.
Bagi mereka, lagi tinggi ombak membadai, lagi deras cetusan adrenalin untuk menunjukkan kemahiran sebagai si 'penakluk' ombak.
Menurut seorang penggemar sukan lasak itu, Kamil Izzat Hazmi Mahmud, 25, beliau sanggup memandu sejauh 333 kilometer dari Damansara, Kuala Lumpur meredah cuaca yang tidak menentu ketika ini, semata-mata untuk ke Teluk Kalong, di sini, bagi 'menjinakkan ombak ganas' di pantai itu.
"Kebiasaannya apabila Monsun Timur Laut bermula bulan November hingga Mac, kawasan pantai di negeri Pantai Timur, antaranya Cherating (Pahang) dan Teluk Kalong memang menjadi tumpuan peluncur kerana keadaan ombaknya.
"Saya sendiri mula berjinak-jinak dengan sukan ini pada Disember tahun lepas setelah tertarik dengan kemahiran meluncur ombak yang ditunjukkan oleh rakan semasa kami bercuti di Pantai Cherating sebelum mempelajarinya," katanya yang juga seorang penggemar sukan papan luncur sejak dari bangku sekolah lagi.
Beliau menyifatkan sukan luncur air lebih selamat dan kurang risiko mendapat kecederaan berbanding sukan papan selaju menyebabkan beliau kini memilih dan jatuh cinta terhadap aktiviti ekstrem itu.
Bagi mereka yang baru menyertai sukan lasak berkenaan, Kamil turut berkongsi tip dengan menyarankan mereka menggunakan papan jenis soft-top kerana lebih ringan dan mudah terapung.
"Kalau soft-top ini ia lebih lembut dan foamie, malah harganya lebih murah iaitu antara RM800 hingga RM900. Ini berbeza dengan papan jenis hard-top yang kebiasaan harganya kira-kira RM1,000 dan teksturnya lebih licin," katanya.
Sementara itu, seorang penggiat sukan itu dari Teluk Kalong Mohammad Nazmie Saidin, 27, berkata sukan itu semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda di kawasan itu menyebabkannya mengambil inisiatif untuk menjadi tenaga pengajar.
Langkah itu bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu yang bukan sahaja boleh mewakili negeri Terengganu tetapi juga negara suatu hari nanti.
"Setakat ini saya mengajar secara sukarela untuk anak-anak muda dari kawasan ini sahaja dan tiada bayaran dikenakan. Idea untuk mengadakan kelas ini timbul selepas melihat ramai peluncur senior yang datang melakukan aktiviti itu di sini," katanya yang mempunyai pengalaman empat tahun dalam aktiviti itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2022

Anak muda tempatan dilihat mengambil peluang musim Monsun Timur Laut untuk bermain sukan luncur air di beberapa kawasan di negeri Pantai Timur, 24 Dis 2022. --fotoBERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ombak besar tarik minat peluncur air ke Teluk Kalong
Bagi mereka, lagi tinggi ombak membadai, lagi deras cetusan adrenalin untuk menunjukkan kemahiran sebagai si 'penakluk' ombak.