Pencapaian atlet berusia 17 tahun itu menjadikannya pemenang pingat Olimpik termuda Singapura, hadir tepat pada waktunya ketika negara itu meraikan Hari Kebangsaan ke-59.
Pingat emas dimenangi oleh Valentin Bontus dari Austria manakala Toni Vodisek dari Slovenia membawa pulang perak.
Perdana Menteri Lawrence Wong, yang baru sahaja menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan di Padang, mengucapkan tahniah kepada pelayar layang-layang itu di Facebook.
"Tahniah Max atas pingat gangsa dalam melayar layang-layang! Terima kasih atas hadiah hari jadi yang indah untuk Singapura. Semoga pasukan Singapura berjaya dalam acara sukan yang lain," katanya.
Sementara itu, Presiden Tharman Shanmugaratnam menaruh harapan terhadap prestasi dan perkembangan sukan Singapura di Olimpik, terutamanya dengan generasi atlet mudanya.
"Terdapat angin baharu dalam sukan Singapura. Bayangkan - kita tidak memenangi pingat Olimpik hampir setengah abad selepas pingat perak Tan Howe Liang di Olimpik Rome 1960.
Namun, sejak 2008, Kontinjen Singapura kini telah membawa pulang tiga pingat gangsa Olimpik (termasuk pingat Max), satu perak, dan emas bersejarah Joseph Schooling," katanya.
-- BERNAMA