SERDANG: Meskipun mempunyai masalah pendengaran, kekurangan itulah yang menjadikan Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, graduan doktor perubatan veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM), lebih gemar berkomunikasi dan memahami haiwan.
Anak kelahiran Kuala Lumpur dengan masalah pendengaran separa normal itu kini bertugas sebagai doktor veterinar di sebuah klinik di Shah Alam dan merupakan antara penerima ijazah sempena Istiadat Konvokesyen UPM ke-45 di sini hari ini.
"Disebabkan kekurangan saya, saya lebih suka berkomunikasi dengan haiwan berbanding manusia. Sebab kalau manusia perlukan percakapan manakala haiwan memadai dengan menyaksikan tingkah laku mereka. Saya selesa dengan haiwan," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen itu.
Dr Abdul Aziz, 25, berkata beliau didiagnos mempunyai masalah pendengaran agak lewat iaitu ketika darjah satu iaitu menggunakan alat bantuan pendengaran pada usia tujuh tahun.
Beliau berkata arwah ibunya merupakan individu yang paling banyak menyokong cita-citanya untuk menjadi doktor veterinar, ketika terdapat orang sekeliling yang mempertikaikan impiannya selain bidang veterinar masih belum dikenali ramai ketika itu.
"Kini tugas saya di klinik meliputi pemandulan dan pembedahan tisu lembut haiwan. Cita-cita saya pula adalah menjadi pakar bedah veterinar," katanya yang turut menzahirkan penghargaan kepada majikannya yang sudi mengambilnya untuk bekerja biarpun tahu mengenai kekurangannya.
Dr Abdul Aziz turut menitipkan nasihat kepada golongan orang kurang upaya (OKU) agar tidak melihat kekurangan diri sebagai halangan untuk berjaya dalam hidup kerana semua orang berhak dan layak untuk memajukan diri masing-masing dengan usaha berterusan dan sokongan positif.
Graduan OKU berkerusi roda iaitu Hussain Said, 27, pula berjaya menamatkan pengajiannya dalam Master Bahasa Melayu setelah sebelum ini menamatkan pengajian dalam kursus Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di UPM, hasil dorongan padu ibu bapanya yang mahu beliau belajar ke peringkat lebih tinggi.
Ditanya sebab memilih bidang pengajian bersandarkan Bahasa Melayu, Hussain yang bekerja sebagai juruwang di Tanjung Karang, Selangor, berkata beliau mahu mengubah mentaliti masyarakat dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
"Kita lihat ada banyak penggunaaan bahasa rojak, macam mana kita nak betulkan mentaliti masyarakat khususnya generasi muda untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Itulah yang menyebabkan saya tertarik dengan bidang ini," katanya.
Istiadat konvokesyen UPM yang bermula hari ini sehingga 24 Mac melibatkan seramai 6,142 graduan merangkumi 484 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (1,611), Bacelor (3,564) dan Diploma (483).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu kini bertugas sebagai doktor veterinar di sebuah klinik di Shah Alam. - Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Starbucks lancar 'cawangan bahasa isyarat' pertamanya di Kuching
Ia didedikasikan bagi menawarkan peluang pekerjaan dan pembangunan kepada orang kelainan upaya pendengaran.

Tukang jahit Indonesia hasilkan topeng lutsinar bantu golongan OKU pendengaran
Pasangan tukang jahit di Indonesia ini berjaya menemui penyelesaian kepada masalah berkenaan.

USIM hasilkan aplikasi al-Quran Isyarat untuk OKU pendengaran
Aplikasi yang menyokong peranti android ini juga, mampu menjadi model aplikasi mesra OKU pendengaran di peringkat antarabangsa.