Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) masalah penglihatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 13 pertuduhan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian RM89,000 sejak dua tahun lalu.
Tertuduh, Tuan Mohd Yusri Tuan Long, 38 tahun, dari Taiping, Perak bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.
Tuan Mohd Yusri didakwa menawarkan pakej umrah yang tidak wujud sehingga memperdayakan mangsa memindahkan wang ke akaun bank miliknya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Felda Keratong, Bandar Muadzam Shah dan Bandar Tun Razak di Rompin dari Disember 2016 hingga Oktober 2017.
Tuan Mohd Yusri didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Syamsul Kahar Ahmad Nadri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Najwa kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM34,000 dan menetapkan tarikh 15 Mac untuk sebutan semula kes.
Pada 14 Feb lalu, polis menahan Tuan Mohd Yusri yang dipercayai menjadi dalang utama kes penipuan pakej umrah yang didakwa dilakukan seorang suri rumah, Zaiton Man, 48, atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ton di Muadzam Shah, Rompin.
Lelaki berkenaan ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor.
Noraniza Kamsani
Mon Feb 26 2018
![OKU dituduh tipu pakej umrah babitkan kerugian RM89,000 OKU dituduh tipu pakej umrah babitkan kerugian RM89,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51519643216_TipuPakejUmrah.jpg)
Tuan Mohd Yusri dibawa keluar oleh anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pekan hari ini. - Astro AWANI/Noraniza Kamsani
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Menangis, bersyukur nyawa tak berakhir di tali gantung Menangis, bersyukur nyawa tak berakhir di tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682816904_Kuantanterlepashu.jpg)
Menangis, bersyukur nyawa tak berakhir di tali gantung
Aidil mengakui menyesal dengan kesalahan pernah dilakukan kerana terlalu kejarkan pendapatan lumayan hasil daripada penjualan dadah.
![PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis ini PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641303172_PKPD.jpg)
PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis ini
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang bermula Khamis ini hingga 19 Jan.
![Wanita rugi RM108,300, ditipu jual beli penutup hidung dan mulut Wanita rugi RM108,300, ditipu jual beli penutup hidung dan mulut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71586672676_Facemask.jpg)
Wanita rugi RM108,300, ditipu jual beli penutup hidung dan mulut
Mangsa wanita yang berusia 34 tahun menempah penutup hidung dan mulut itu daripada suspek dari Pulau Pinang menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 April lepas.
![OKU dituduh tipu pakej umrah babitkan kerugian RM89,000 OKU dituduh tipu pakej umrah babitkan kerugian RM89,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51519643216_TipuPakejUmrah.jpg)
OKU dituduh tipu pakej umrah babitkan kerugian RM89,000
Tuan Mohd Yusri Tuan Long, 38 tahun, dari Taiping, Perak bagaimanapun mengaku tidak bersalah dalam menawarkan pakej umrah yang tidak wujud.
![Tragedi Felda Keratong: Kemaruk novel cinta punca lelaki bunuh suami kekasih gelapnya Tragedi Felda Keratong: Kemaruk novel cinta punca lelaki bunuh suami kekasih gelapnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51509356522_BunuhCinta.jpg)
Tragedi Felda Keratong: Kemaruk novel cinta punca lelaki bunuh suami kekasih gelapnya
Novel cinta sering dikaitkan dengan cerita penuh kebahagiaan selain disulami babak-babak derita dan kedukaan.