Hati seorang ibu luluh dan sedih selepas anaknya dipukul oleh orang ramai kerana disyaki mencuri di kampung teluk di sini, malam Rabu.
Noraini Hassan, berkata beliau diberitahu kejadian itu pada pukul 10 malam oleh seorang jirannya dan terkejut kerana anaknya Mohd Shufri Mat Said yang mengalami kecacatan di bahagian kiri termasuk kaki dan tangan dipukul sehingga mendapatkan kecederaan serius.
Noraini berkata, beliau terkilan kerana anaknya hanya disyaki mencuri tetapi orang ramai terus memukul tanpa belah ehsan.
Beliau menjelaskan, sekiranya anaknya terbukti bersalah sepatutnya anaknya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan bukannya mengambil tindakan tanpa mengikut undang-undang.
Beliau ditemui ketika membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan meminta pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan terperinci serta mengambil tindakan terhadap mereka yang memukul anaknya.
Katanya sebagai orang Islam, orang kampung dan suspek sepatutnya tidak mengambil tindakan sendiri bahkan mereka perlu melihat dan mendapatkan bukti.
Katanya dengan kecacatan yang dialami anaknya, mustahil beliau boleh melakukan jenayah tersebut.
Sambil menitiskan air mata, ibu kepada lima orang anak ini merayu supaya orang ramai tidak melakukan perbuatan sama terhadap orang lain yang senasib dengannya.
Beliau menjelaskan, anaknya mengalami kecacatan kerana terlibat dalam satu kemalangan beberapa tahun lalu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Rohami Mat Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Kejadian memukul suspek yang didapati mencuri di Kelantan oleh orang ramai bukannya perkara baru.
Pada 5 Nov lepas, seorang remaja Tingkatan 3 di pukul dan dibogelkan di hadapan sebuah masjid kerana dipercayai ingin mencuri sebuah motosikal.
Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Muhamad turut menyelar tindakan kariah Masjid Pauh Lima, Binjai, yang bertindak membogelkan seorang pelajar tersebut.
Sebelum itu, seorang remaja belasan tahun juga dipukul dan dipaksa berjalan itik ke balai polis juga kerana kes yang sama.
Pada Disember 2010, dua suspek yang disyaki mencuri motosikal dibelasah hingga maut oleh penduduk kampung kerana mencuri motosikal.
Astro Awani
Thu Nov 13 2014
Mohd Shufri Mat Said yang mengalami kecacatan di bahagian kiri termasuk kaki dan tangan dipukul sehingga mendapatkan kecederaan serius.
Penyokong Trump rai perhimpunan pra-angkat sumpah
Ribuan penyokong Donald Trump menghadiri "Make America Great Again Victory Rally" di Capital One Arena pada Ahad untuk meraikan kemenangannya sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan.
Para penyokong bersorak dan menari ketika menunggu kehadiran Trump, diiringi persembahan pemuzik Kid Rock.
Para penyokong bersorak dan menari ketika menunggu kehadiran Trump, diiringi persembahan pemuzik Kid Rock.
ADUN Sungai Sibuga, Mohamad Hamsan Awang Supain meninggal dunia
Mohamad Hamsan Awang Supain, 65, menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 malam tadi di Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu akibat serangan jantung.
Tebusan Israel dibebaskan, diterbangkan ke Tel Aviv
Tiga tebusan Israel yang dibebaskan dari Gaza, diterbangkan ke Tel Aviv, menggunakan helikopter pada Ahad.
Ambulans dilaporkan bersedia untuk membawa mereka ke Pusat Perubatan Sheba, sementara orang ramai bersorak dengan melaungkan nama mereka.
Ambulans dilaporkan bersedia untuk membawa mereka ke Pusat Perubatan Sheba, sementara orang ramai bersorak dengan melaungkan nama mereka.
Gencatan senjata: Hamas beri komitmen, gesa Israel patuh perjanjian
Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mematuhi perjanjian gencatan senjata yang mula berkuat kuasa di Gaza pada hari Ahad.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Polis India tahan suspek serang Saif Ali Khan
Suspek, yang dipercayai warganegara Bangladesh berusia 30 tahun, ditahan di bandar Thane yang bersempadan dengan Mumbai.
Menteri Luar Estonia cadang TikTok diharamkan di Eropah
Eropah perlu pertimbang haramkan TikTok kerana platform itu didakwa menyebarkan maklumat palsu.
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
OKU dipukul tanpa belas kerana disyaki mencuri
Seorang OKU yang cacat di bahagian kiri termasuk kaki dan tangan dipukul sehingga mendapatkan kecederaan serius kerana disyaki mencuri.