SHAH ALAM: Jabatan Perhutanan Selangor menjelaskan bahawa kenyataan siar warta (G.N. 1645-2022) bagi penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah 5 Mei lepas adalah bagi melengkapkan proses penyahwartaan yang terhenti sekitar 2006.
Pengarah Perhutanan Selangor Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata berdasarkan Seksyen 13, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri (EAPN) Selangor 1985, pihak berkuasa negeri hendaklah membuat siar warta bagi mana-mana kawasan hutan simpanan kekal yang dinyahwarta.
Ahmad Fadzil berkata berdasarkan rekod, terdapat beberapa siri penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah yang telah berlaku sekitar 1991 hingga 2006 termasuklah kawasan seluas 406.22 hektar.
"Pelbagai kemungkinan boleh menjadi faktor yang menyebabkan proses nyahwarta kawasan tersebut tergantung di peringkat pengeluaran Pelan Warta sahaja iaitu PW1443. Justeru, kenyataan siar warta yang dikeluarkan pada 5 Mei lepas dibuat secara 'undur tarikh' bagi merujuk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMN) tahun 2000.
"Tindakan ini juga dilaksanakan setelah mengambil kira ulasan daripada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.
"Secara umumnya, proses penyahwartaan ini adalah bagi melengkapkan proses yang tergantung pada 2006.
"Kerajaan Selangor telah mengambil peranan yang sewajarnya bagi menyelesaikan perkara yang tertangguh lebih 20 tahun lepas," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ahmad Fadzil berkata penyahwartaan ini tidak melalui proses penyiasatan awam kerana kelulusan penyahwartaan berlaku sebelum pindaan Seksyen 11, EAPN Selangor 1985 pada 2011.
Jelasnya lagi, penggantian kawasan hanya diamalkan kerajaan negeri pada masa kini sahaja selaras dengan komitmen mengekalkan sekurang-kurangnya 30 peratus kawasan hutan daripada keluasan tanah negeri.
"Bagaimanapun, kawasan seluas 406.22 hektar ini tidak lagi direkodkan dalam keluasan hutan simpanan kekal sejak 2006.
"Kini, Hutan Simpan Bukit Cherakah yang masih kekal adalah seluas 1,298.86 hektar dan Hutan Simpan Bukit Cherakah Tambahan seluas 982.80 hektar.
"Kedua-dua hutan ini masih diuruskan oleh Jabatan Perhutanan negeri sebagai kelas hutan perlindungan yang menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna," katanya.
Kenyataan Ahmad Fadzil itu sebagai mengulas persoalan yang tular baru-baru ini mengenai kenyataan siar warta bagi penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah, Seksyen U10, dekat sini seluas 406.22 hektar Mei lepas yang didakwa tidak melalui proses pendengaran awam selaras dengan Seksyen 11, EAPN Selangor 1985 yang dipinda oleh kerajaan Selangor pada 2011.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022
Ahmad Fadzil berkata berdasarkan rekod, terdapat beberapa siri penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah yang telah berlaku sekitar 1991 hingga 2006. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Mahkamah lanjut penggantungan sementara pembangunan di Hutan Simpan Bukit Cherakah
Hakim Shahnaz Sulaiman memutuskan demikian pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian.
JPNS nafi penyahwartaan tanah hutan simpan dilakukan secara tidak sah
Lokasi seluas 406.22 hektar itu merupakan salah satu kawasan terlibat dalam beberapa siri penyahwartaan sejak tahun 1991.
Nyahwarta Hutan Simpan Bukit Cherakah disiar untuk lengkapkan proses terhenti
Terdapat beberapa siri penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah yang telah berlaku sekitar 1991 hingga 2006 termasuklah kawasan seluas 406.22 hektar.