KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah pelaksanaaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah pada setiap Rabu.
Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan dalam satu kenyataan pada Khamis berkata kesatuan sebaliknya mencadangkan agar ujian saringan COVID-19 kepada murid itu dijalankan sendiri oleh ibu bapa di rumah.
Beliau berkata ia berikutan pihaknya menerima rungutan daripada para guru yang memaklumkan bahawa tindakan itu amat berbahaya dan mendatangkan risiko tinggi kepada mereka.
"Ini kerana guru tidak diberi sebarang perlindungan seperti peralatan perlindungan diri (PPE), sarung tangan, pelindung muka dan sebagainya, manakala murid pula tidak mampu untuk menjalankan sendiri ujian tersebut," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut Wang berkata sehari sebelum ujian, pihak sekolah boleh memaklumkan kepada ibu bapa murid yang terpilih untuk menjalankan ujian saringan di rumah dan dibekalkan kit ujian kendiri.
Katanya ibu bapa kemudian mengemukakan keputusan ujian dengan memuat naik gambar berkenaan kepada guru kelas masing-masing.
"Jika keputusan adalah negatif, murid boleh hadir ke sekolah pada hari tersebut, tetapi jika sebaliknya murid perlu dikuarantin di rumah," katanya.
Menurut Wang cara ini dapat mengelakkan berlakunya penularan jangkitan kepada guru dan warga sekolah sehingga sekolah perlu ditutup jika ada murid yang positif COVID-19.
Beliau berkata NUTP amat berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dapat mengubah prosedur operasi standard (SOP) demi keselamatan dan kesihatan murid, guru serta warga sekolah lain.
Terdahulu, KPM menerusi kenyataan pada 27 Nov lepas menetapkan pelaksanaan 10 peratus sampel saringan COVID-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, selaras Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut KPM pelaksanaan saringan bergilir untuk murid itu perlu dilaksanakan setiap Rabu, pada hari persekolahan.
KPM juga membekalkan kit ujian kendiri COVID-19 ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan ini dapat dilaksanakan mengikut tatacara pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.
Bernama
Thu Dec 02 2021
![NUTP bantah saringan COVID-19 di sekolah, cadang uji di rumah NUTP bantah saringan COVID-19 di sekolah, cadang uji di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629970454_ujiansaringan.jpg)
NUTP mencadangkan agar ujian saringan COVID-19 kepada murid itu dijalankan sendiri oleh ibu bapa di rumah. - Gambar hiasan
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107129_DonaldTrumpJDV.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
![NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara time-based NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara time-based](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720853680_AMINUDDINAWANG.jpg)
NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".
![Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720852162_tbAnwarIbrahim.jpg)
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.
![KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715327614_WongKahWohjpg.jpg)
KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.
![Peruntukan RM100 juta bukti kepentingan pendidikan STEM Peruntukan RM100 juta bukti kepentingan pendidikan STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697354090_Rocketeer.jpg)
Peruntukan RM100 juta bukti kepentingan pendidikan STEM
Inisiatif kerajaan memperuntukkan RM100 juta dalam pendidikan STEM mencerminkan keseriusan kerajaan dalam menangani kepentingan penguasaan STEM dalam negara ketika ini.
![Hasrat Kerajaan tumpu pelajar B40, kembalikan matlamat asal SBP Hasrat Kerajaan tumpu pelajar B40, kembalikan matlamat asal SBP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/51492516686_UPSR.jpg)
Hasrat Kerajaan tumpu pelajar B40, kembalikan matlamat asal SBP
Matlamat penubuhan SBP sebenarnya untuk beri peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar mendapatkan pelajaran terbaik.
![Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677761150_TVET.jpg)
Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.
![Saman terhadap guru meningkat, NUTP saran fahami undang-undang Saman terhadap guru meningkat, NUTP saran fahami undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683961288_haripertama.jpg)
Saman terhadap guru meningkat, NUTP saran fahami undang-undang
NUTP menyarankan agar para guru meningkatkan kefahaman tentang literasi undang-undang membabitkan sektor pendidikan susulan trend kenaikan saman terhadap mereka yang meningkat sejak dua tahun lepas.
![Belanjawan 2023 telus, dengar pandangan rakyat untuk sektor pendidikan - NUTP Belanjawan 2023 telus, dengar pandangan rakyat untuk sektor pendidikan - NUTP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/61514629661_NUTPLogo.jpg)
Belanjawan 2023 telus, dengar pandangan rakyat untuk sektor pendidikan - NUTP
Peruntukan RM2.3 bilion untuk penyediaan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah, diharap dapat menyelesaikan segala isu berkaitan yang dihadapi ketika ini.
![Pastikan aplikasi digital mudahkan urusan guru, bukan tambah tekanan - NUTP Pastikan aplikasi digital mudahkan urusan guru, bukan tambah tekanan - NUTP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/61514629661_NUTPLogo.jpg)
Pastikan aplikasi digital mudahkan urusan guru, bukan tambah tekanan - NUTP
NUTP berharap bahagian data dan maklumat di KPM dapat mengawal dengan lebih serius sebarang aplikasi atau sistem baharu yang diwujudkan.
![Kekurangan guru: NUTP mohon KPM tawar semula jawatan guru sandaran Kekurangan guru: NUTP mohon KPM tawar semula jawatan guru sandaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81675173113_Blackboard.jpg)
Kekurangan guru: NUTP mohon KPM tawar semula jawatan guru sandaran
NUTP memohon supaya Kementerian Pendidikan menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru termasuk di Sabah dan Sarawak.