KUALA LUMPUR : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Januari lalu.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat pendedahan itu dalam satu temu bual bersama akhbar The Star.
"Saya telah berkhidmat sebagai Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri, khusus dalam Ekonomi dan Kewangan berkuat kuasa 3 Januari 2023.
“Saya harap melalui pengalaman saya sebagai seorang Ahli Parlimen yang terlibat dalam pelbagai bidang seperti isu kemiskinan, teknikal serta pendidikan vokasional sejak empat dekad lalu mampu memberi manfaat dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar polisi negara,” kata beliau memetik laporan akhbar berkenaan.
Beliau juga berkata, salah satu matlamatnya adalah untuk mengembang dan memanfaatkan bakat-bakat tempatan yang cemerlang tidak kira dalam atau luar negara, serta menambah nilai kepada usaha sedia ada bagi menambah baik ekonomi rakyat.
Nurul Izzah sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk dua penggal dari 2008 sebelum ke Permatang Pauh, namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.
Astro Awani
Sun Jan 29 2023
![Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674988276_TBNURULIZZAH.jpg)
Kata Nurul Izzah, beliau akan menggunakan pengalaman dan kepakarannya ketika berkhidmat sebagai Ahli Parlimen untuk menambah baik ekonomi rakyat, selain mengembangkan bakat-bakat tempatan tidak kira di dalam mahupun luar negara. - Gambar fail/BERNAMA
Mayat juruterbang New Zealand ditembak di Papua ditemukan
Glen Malcolm Conning, 50, seorang juruterbang PT Intan Angkasa Air Service, terbunuh pada Isnin selepas mendarat di Papua bersama dua pekerja kesihatan Indonesia dan dua kanak-kanak, yang semuanya terselamat.
Singapura bentang pindaan tingkatkan keselamatan tenaga
Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura telah mengemukakan rang undang-undang pindaan untuk meningkatkan ketahanan tenaga kepada Parlimen untuk bacaan pertama pada Selasa.
India perkukuh kawalan sempadan negara
India memperkukuh kawalan di sempadan negara itu dengan Bangladesh sekali gus berwaspada dengan sebarang situasi.
Harris pilih Walz sebagai calon Naib Presiden
Calon presiden dari parti Demokrat, Kamala Harris hari ini memilih Gabenor Minnesota, Tim Walz sebagai gandingannya, untuk membantu memenangi pengundi luar bandar, berkulit putih.
Presiden Bangladesh bubar Parlimen
Presiden Bangladesh membubarkan parlimen pada Selasa sekali gus membuka jalan kepada pembentukan kerajaan sementara, sehari selepas Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India.
Lebih 25 juta terkesan, Sudan alami tahap kebuluran melampau
Sudan sedang mengalami krisis makanan terburuk yang belum pernah berlaku sebelum ini. Organisasi Makanan dan Agrikultur (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam kenyataannya pada Isnin berkata, 25.6 juta penduduk Sudan kini ditahap kebuluran ekstrem dengan 755,000 daripadanya berada pada tahap paling buruk dan diklasifikasikan sebagai 'becana kebuluran melampau'.
Malaysia harap rundingan damai di Sudan berjaya dicapai - PM
Malaysia menyuarakan harapan agar rundingan yang sedang diusahakan untuk mewujudkan gencatan senjata dan kestabilan berkekalan di Sudan, berjaya dicapai.
Naikkan nilai martabat manusia cara tangani krisis global
Martabat manusia boleh berfungsi dalam mencari pendekatan yang lebih berkesan dan berperikemanusiaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.
Tumpu bangun keupayaan reka bentuk semi konduktor - Rafizi
Malaysia perlu memberi tumpuan untuk membangunkan keupayaan mereka bentuk semikonduktornya sendiri dan mengurangkan pergantungan kepada cip import pada masa depan.
Dasar Gaji Progresif: Kementerian Ekonomi, KESUMA tumpu pembinaan sistem yang lebih teguh
Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia sedang memberi tumpuan kepada sistem yang lebih baik bagi memastikan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif secara penuh akan lebih berkesan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dasar tersebut adalah rumit, dan tanpa sistem yang baik, ia takkan boleh dicapai dan akhirnya akan gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini, iaitu membantu mencapai sasaran bahagian pampasan pekerja sebanyak 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dasar tersebut adalah rumit, dan tanpa sistem yang baik, ia takkan boleh dicapai dan akhirnya akan gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini, iaitu membantu mencapai sasaran bahagian pampasan pekerja sebanyak 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun.
![Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666351213_AhmadFaizalAzumu.jpg)
Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.
![Penasihat Kanan White House pula positif COVID-19 Penasihat Kanan White House pula positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602036270_StephenMiller.jpg)
Penasihat Kanan White House pula positif COVID-19
Kes terbaharu itu menyusul selepas White House dilihat berusaha mengurangkan jangkitan COVID-19 selepas Trump disahkan positif pada Jumaat lalu.