KUALA LUMPUR : Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, Nur Farah Kartini Abdullah, ditemukan mati di sebuah Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, jasad mangsa yang berusia 25 tahun itu ditemukan pada 6 petang, pada Isnin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
"Sehubungan itu, polis telah melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki yang juga penjawat awam berusia 26 tahun," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Hussein berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
Kali terakhir wanita berkenaan dilihat, dia memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.
Afiezy Azaman
Mon Jul 15 2024

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh, penjawat awam ditahan
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Wanita ditemukan mati dibunuh, dibakar tidak hamil - Polis
Wanita yang ditemukan mati dipercayai dibunuh dan dibakar di Kuala Kangsar akhir bulan lepas didapati tidak hamil seperti didakwa.

Polis tahan teman lelaki wanita ditemukan mati dibunuh, dibakar
Polis menahan teman lelaki kepada wanita yang ditemukan dipercayai dibunuh dan dibakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, di Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar Selasa lepas.

Wanita dijumpai mati dipercayai dibunuh rakan lelaki
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia antara jam 4 petang hingga 9.45 malam.

Iklankan baju bayi percuma di Facebook sebelum jerut mati wanita hamil
Dalam kejadian pada 23 April lalu, mangsa Marlen Ochoa-Lopez, 19 tahun, dijerut dan bayi dalam kandungannya dipotong dari bahagian rahim.