KESATUAN Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia, Cawangan Utusan Melayu (M) Bhd. berdiri teguh di belakang kepimpinan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Dato Noordin Abbas kerana percaya usaha yang dilakukan beliau ketika ini bagi menyelamatkan syarikat.
Dato Noordin dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Dato Aziz Ishak bersungguh-sungguh berusaha meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat dengan mencari sumber pendapatan lain dan tidak bergantung sahaja kepada penjualan akhbar, majalah dan iklan.
'Bukan senang nak bersihkan taik' yang dilakukan kepimpinan tertinggi syarikat sebelum ini. Segala kepincangan tersebut tidak perlu diulas panjang lebar. Segala masalah yang dihadapi biar kami tangani sendiri dengan cara kami.
Masyarakat umum sedia maklum dalam keadaan ekonomi sekarang kebanyakan syarikat
mengalami kerugian dan berpotensi menutup operasi.
Bagaimanapun, Utusan Melayu (M) Bhd. masih bertahan dalam cuba mengambil langkah terbaik dalam mengurangkan kos operasi dan mencari peluang perniagaan baru tanpa membuang pekerja buat masa ini.
Seperti masyarakat umum ketahui 'Ya Utusan Melayu 'Sakit'. Syarikat pada 21 Julai lalu mengeluarkan surat pekeliling mengenai kelewatan pembayaran gaji bukan eksekutif dan ia menjadi viral di internet.
Sebenarnya kelewatan bayar gaji yang berlaku turut membabitkan kakitangan eksekutif.
Kakitangan eksekutif yang dijadualkan gaji pada 24 Julai (setiap bulan tarikh sama) dibayar
lewat pada 29 Julai.
Manakala kakitangan bukan eksekutif yang dijadualkan gaji 30 Julai (setiap bulan) dibayar lewat pada 5 Ogos.
Kesatuan berharap masyarakat tidak bersangka buruk dan mempercayai dakyah pembangkang yang memburukkan Utusan Melayu (M) Bhd dan UMNO membabitkan keadaan yang berlaku.
Kesatuan menyokong seruan Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM), Dato Raja
Ahmad Niza melalui laman blog zamkata.blogspot.my yang menyeru supaya langkah segera diambil bagi menyelamatkan Utusan Melayu ( Utusan Malaysia) yang sedang berada dalam keadaan "sakit".
Raja Niza dalam tulisannya di Buletin Suara Keramat iaitu suara kumpulan whatsapp bekasbekas wartawan Utusan Melayu telah menyatakan anggota KVUM seramai 271 orang amat bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh perkerja-pekerja Utusan akibat kelewatan pembayaran gaji itu katanya, "kalau peha kanan dicubit,peha kiri terasa sakitnya.Peha kiri itu adalah KVUM.
Utusan Melayu
Tue Aug 02 2016
Masyarakat umum sedia maklum dalam keadaan ekonomi sekarang kebanyakan syarikat mengalami kerugian dan berpotensi menutup operasi. - Gambar Utusan Melayu
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
NUJ Utusan Melayu: 'Bukan senang nak bersihkan taik'
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia, Cawangan Utusan Melayu (M) Bhd. berdiri teguh di belakang kepimpinan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Dato Noordin Abbas kerana percaya usaha yang dil