Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa notis bankrap yang disiarkan di akhbar tempatan pada Sabtu bertujuan memburuk-burukkan reputasi beliau.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata tindakan Pengerusi Eksekutif NFC Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Salleh Ismail membuat permohonan terus di mahkamah tanpa berusaha sepenuhnya menghantar notis secara tangan seperti yang dikehendaki undang-undang merupakan satu helah murahan bertujuan memfitnah dan menyerang peribadinya.
"Dengan mendapatkan notis dari mahkamah itu, (Salleh) bertujuan untuk memberi gambaran bahawa saya berlaku tidak jujur kerana menerima sumbangan orang ramai bagi membayar jumlah yang dituntut beliau tetapi menyimpan jumlah itu dan tidak membayarnya.
"Selain itu, ia digunakan sebagai modal politik murahan oleh tentera siber Umno untuk menyerang saya sebagai seorang yang bankrap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kaedah mendapatkan perintah mahkamah agar notis diiklankan bukanlah cara biasa yang digunakan untuk menuntut bayaran seperti dalam kes yang dilaluinya kerana tugas menyampaikan notis secara serahan tangan untuk diterima secara peribadi olehnya bukan satu perkara yang sukar.
Menurut Rafizi, beberapa peguam memaklumkan pemohon biasanya perlu menunjukkan bukti mereka gagal menjejaknya.
Kaedah mengiklankan di dalam akhbar pula, kata Rafizi, akan melibatkan kos yang tinggi.
"Sebab itu saya tidak terkejut apabila Salleh dan NFC mengambil jalan yang pelik dan menelan belanja sedangkan cara biasa (yang boleh dilakukan) hanyalah menghubungi saya atau datang ke pejabat saya," katanya.
Rafizi berpendapat langkah yang diambil Salleh itu sengaja berniat untuk memalukan dan menunjukkan dia tidak amanah.
"Apa yang tidak dimaklumkan kepada rakyat ialah, saya tidak boleh membuat bayaran sehingga mereka menyampaikan notis tuntutan itu secara tangan dan saya menerimanya secara peribadi kerana saya tidak tahu jumlah sebenar yang perlu saya bayar.
"Hakim Azizul Azmi Adnan bukan saja menganugerahkan bayaran RM300,000 kepada NFC dan Salleh Ismail sebaliknya perlu dibayar dengan kadar faedah yang dikira pada setiap hari," katanya.
Jelas Rafizi, kebiasaanya orang awam tidak begitu arif mengenai selok-belok perjalanan undang-undang bagi mengendalikan hal berkaitan bayaran selepas sesuatu penghakiman kes saman dikeluarkan.
Oleh itu, katanya, mudah untuk pihak yang berkepentingan menggunakan kaedah undang-undang memberi gambaran dia sengaja enggan menjelaskan bayaran walaupun sudah menerima sumbangan lebih RM1.5 juta daripada rakyat Malaysia.
"Kaedah menghantar notis menuntut bayaran selepas satu penghakiman dibuat dalam kes saman seperti ini tertakluk kepada kaedah-kaedah yang terkandung di dalam Peraturan Mahkamah 2012 (Rules of Court 2012) yang diwartakan.
"Perintah 10 Peranggan 1 menyebut bahawa, tertakluk kepada akta-akta dan peraturan-peraturan dalam Peraturan Mahkamah, sesuatu notis (dipanggil juga writ) perlulah disampaikan secara peribadi kepada pihak yang menerima atau dihantar melalui pos berdaftar.
"Dalam kes notis menuntut bayaran seperti kes ini, ia bermakna peguam yang dilantik oleh Salleh perlulah membuat temu janji dengan saya untuk datang berjumpa dan menyampaikan sendiri notis tuntutan itu yang perlu ditandatangani oleh saya dalam satu salinan sebagai persetujuan saya telah menerima notis tersebut.
"Perintah 62 Perenggan 5 (mengenai substituted service) pula menyebut jika sesuatu notis perlu disampaikan secara peribadi tetapi mahkamah merasakan adalah tidak praktikal (impractical), satu permohonan boleh dibuat kepada mahkamah oleh pemohon untuk mendapatkan arahan agar kaedah-kaedah lain digunakan untuk menyampaikan notis itu kepada pembayar.
"Mahkamah kemudiannya berhak mengarahkan agar satu notis diiklankan mengikut apa-apa kaedah yang difikirkan sesuai, selalunya diiklankan di dalam sebuah akhbar edaran nasional," katanya lagi.
Malangnya, kata Rafizi, perkara "mudah" - iaitu menghubunginya untuk membuat temu janji menyerahkan notis tuntutan yang menyatakan jumlah yang perlu dibayar - tidak pernah diusahakan oleh Salleh.
Pihak Salleh, kata Rafizi, hanya meninggalkan surat di rumahnya sebagai bukti mereka berkunjung ke situ dan dia pula tiada di rumah.
"Seterusnya mereka meninggalkan pula surat untuk menyatakan mereka mahu saya berada di rumah pada tarikh dan masa yang mereka tetapkan untuk saya menerima notis yang hendak mereka serahkan.
"Saya hanya tahu satu arahan mahkamah yang sama seperti diiklankan di dalam akhbar buat kali pertama pada hari Selasa lepas iaitu 19 September 2017, semasa saya pulang ke rumah sekitar jam 1 pagi selepas program seharian.
"Arahan mahkamah itu bertarikh 14 September 2017 dan memberi saya tempoh seminggu iaitu sehingga 21 September 2017, tetapi ditampal pada pintu rumah saya hanya pada 18 September 2017 dan hanya dilihat oleh saya pada pagi 19 September 2017.
"Pada 20 September 2017, saya berada di Sitiawan pada sebelah malamnya dan pada 21 September 2017, saya ada kes di mahkamah. Tarikh 22 September, 2017 ialah cuti umum Awal Muharram," katanya.
Sementara itu Rafizi berkata peguamnya akan mengira jumlah terkini yang perlu dibayar dengan mengambil kira bayaran faedah terbaru.
Bayaran melalui cek itu, katanya, akan diserahkan kepada Salleh dan NFC esok.
Astro Awani
Mon Sep 25 2017
Menurut Rafizi, beberapa peguam memaklumkan pemohon biasanya perlu menunjukkan bukti mereka gagal menjejaknya. - Gambar fail
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.