PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan "masuk" untuk melakukan siasatan berkaitan isu pendaftaran nombor plat klasik kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu akan meneliti perkembangan dakwaan salah laku itu melalui siasatan yang dijalankan petugas khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan berhubung isu berkenaan.
"Setakat ini kita serahkan siasatan kepada pasukan petugas khas yang diwujudkan berhubung dakwaan itu. Kita akan tengok sama ada elemen salah guna kuasa atau rasuah wujud barulah kita masuk," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Pada 8 Sept lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas yang dianggotai Unit Integriti Kementerian Pengangkutan bagi menyiasat dakwaan salah laku di JPJ berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan.
Ia rentetan pendedahan dokumen dikenali sebagai "JPJandora Papers" melalui saluran Telegram Edisi Siasat yang mendakwa wujud skandal di jabatan itu apabila nombor plat klasik dihidupkan semula dan dijual dengan harga ratusan ribu ringgit, dengan kegiatan itu dikatakan didalangi pegawai JPJ sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
![Nombor plat klasik: SPRM masuk jika wujud elemen salah guna kuasa, rasuah Nombor plat klasik: SPRM masuk jika wujud elemen salah guna kuasa, rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694422458_TanSriAzamBaki.jpg)
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu akan meneliti perkembangan dakwaan salah laku itu melalui siasatan yang dijalankan petugas khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan berhubung isu berkenaan.
![Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721891818_ParisOlympics.jpg)
Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.
![Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah
Siasatan awal mendapati guru lelaki berusia 30-an itu disyaki melakukan perbuatan terbabit di beberapa lokasi berbeza.
Rakyat Palestin berlindung di bekas penjara
Selepas berbulan-bulan serangan tentera Israel di Gaza tanpa henti, puluhan ribu rakyat Palestin terhimpit dengan isu kemanusiaan paling dahsyat yang mana mereka menjadi pelarian di tanah kelahiran mereka sendiri.
Barack Obama, isteri sokong penuh Kamala Harris
Barack Obama berkata, beliau dan isterinya yakin Harris akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang hebat.
Polis Sepanyol rampas 4 tan kokain di pelabuhan Barcelona
Sepanyol merampas empat tan kokain yang disembunyikan dalam guni beras di Barcelona pada Jumaat.
Kesedaran tentang anti diskriminasi perlu ditingkatkan di IPT
Kesedaran tentang anti diskriminasi terhadap pesakit HIV dan AIDS perlu dipergiatkan di peringkat institusi pendidikan tinggi bagi mengurangkan stigma.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi pada Sabtu
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung pada Sabtu malam.
MCMC rampas 138 walkie-talkie tak diperakui
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) merampas 138 unit walkie-talkie bernilai lebih RM20,000 dari tiga premis di Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur dalam operasi baru-baru ini
Keluhan pengusaha bas kilang akan dibawa ke kabinet: Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia mendengar dan akan membawa keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini ke Kabinet.
MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 juta
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak RM570 juta penalti dikenakan terhadap semua syarikat yang didapati bersalah.
![Nombor plat klasik: SPRM masuk jika wujud elemen salah guna kuasa, rasuah Nombor plat klasik: SPRM masuk jika wujud elemen salah guna kuasa, rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694422458_TanSriAzamBaki.jpg)
Nombor plat klasik: SPRM "masuk" jika wujud elemen salah guna kuasa, rasuah
SPRM akan "masuk" untuk melakukan siasatan berkaitan isu pendaftaran nombor plat klasik kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah.
![KP JPJ wajar anggotai pasukan petugas khas siasat isu nombor plat klasik - Loke KP JPJ wajar anggotai pasukan petugas khas siasat isu nombor plat klasik - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684479439_AnthonyLoke.jpg)
KP JPJ wajar anggotai pasukan petugas khas siasat isu nombor plat klasik - Loke
Pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan wajar dianggotai Ketua Pengarah (KP) JPJ.