PUTRAJAYA: Hari Taman Putrajaya yang diadakan buat julung kalinya di Taman Warisan Pertanian di Presint 16 di sini bermula hari ini hingga esok menampilkan suasana desa di bandar dengan pelbagai aktiviti tradisional disediakan buat pengunjung.
Bertemakan 'Mengimbau Zaman Dulu-Dulu', antara aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung termasuk bermain permainan tradisional seperti congkak dan sepak raga, menangkap belut di sawah, menanam padi dan aktiviti mengacau dodol.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud berkata Hari Taman Putrajaya yang dijangka menggamit lebih 5,000 pengunjung itu bertujuan mengetengahkan kepentingan taman di kawasan kediaman dan memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk menikmati hasil tanaman di taman berkenaan.
"Masuk adalah percuma dan pengunjung juga boleh menikmati jualan bufet buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan dan manggis pada harga RM10 bagi pengunjung dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak berumur tujuh tahun ke atas," katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Taman Putrajaya di sini hari ini.
Majlis tersebut dirasmikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut meluangkan masa hampir dua jam di taman tersebut.
Sementara itu PPj dalam kenyataan menyebut penganjuran Hari Taman Putrajaya juga bertujuan mempromosikan keunikan dan kepelbagaian 12 taman awam di Putrajaya sekali gus menjadikannya sebagai tarikan pelancongan domestik dan antarabangsa.
Taman Warisan Pertanian dibangunkan untuk memelihara warisan dan pertanian Malaysia dengan menawarkan keunikan dusun dalam bandar berkonsepkan agro pelancongan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024
Dr Wan Azizah menerima tepukan selepas mengetuk gong merasmikan Putrajaya Park`s Day 2024 di Taman Warisan Pertanian, Presint 16 hari ini. -Bernama
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Nikmati suasana desa sempena Hari Taman Putrajaya 2024
Hari Taman Putrajaya yang diadakan buat julung kalinya di Taman Warisan Pertanian di Presint 16 di sini bermula hari ini hingga esok menampilkan suasana desa di bandar dengan pelbagai aktiviti tradisi