Perkahwinan rentas sempadan tidak sepatutnya dijadikan jalan pintas menghalalkan hubungan, sebaliknya ia memberi banyak keburukan terutama kepada kaum wanita.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata pernikahan rakyat Malaysia yang dilaksanakan di luar negara bukan jalan mudah sebaliknya dilabelkan sebagai langkah ‘cari pasal’.
Menurutnya, peningkatan 73 kes pada 2001 kepada 4,178 kes pada 2016 seolah-olah menjadikan perkahwinan rentas sempadan sebagai jalan pintas untuk berkahwin tanpa perlu melalui prosedur ditetapkan pihak berkuasa agama negara.
"Jangan cari pasal kerana ia akan menimbulkan banyak masalah antaranya mengganggu proses pendaftaran anak dan pengabaian hak boleh berlaku.
"Ada kemungkinan perkahwinan ini tidak sah, sekali gus beri tekanan emosi serta pandangan negatif masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Wacana Perkahwinan Rentas Sempadan: Isu dan penjelasan dari sudut hukum syarak, perundangan dan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia di Park Avenue, di sini, semalam.
Antara yang hadir membentangkan kertas kerja termasuk Dr Abdulroya Benseng dari Prince of Naradhiwas University, Prof Madya Dr Maroning Salaming dari Prince of Songkla Universiti dan Felo Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Lokmanulhakim Hussain.
Menurut beliau, dari maklumat diperoleh, dianggarkan dalam tempoh setahun, seramai 10,000 pasangan dari Malaysia membuat permohonan berkahwin rentas sempadan.
"Faktor utama ialah poligami. Kadang-kadang lelaki tak mahu isteri pertama tahu maka dipujuk bakal isteri untuk kahwin di luar negara,” katanya.
Menurutnya, walaupun perkahwinan berlaku secara sah tetapi apabila tidak didaftarkan di Malaysia, pasangan itu telah melanggar undang-undang negara sekiranya tinggal bersama.
"Jika tak daftar tak boleh duduk sekali, ia sudah dikira khalwat, kemudian jika ada anak, tidak boleh didaftarkan sebab tak ada surat nikah.
"Anak pula bermasalah nak nak masuk sekolah sebab tiada sijil kelahiran. Sekiranya berlaku perceraian atau kematian, isteri tak dapat tuntut harta sepencarian,” katanya.
Menurutnya, stigma masyarakat tentang perkahwinan sempadan adalah jalan mudah untuk berkahwin perlu diubah.
"Anggapan mudah akan berubah kepada maksud derita kepada pasangan terlibat apabila pengurusan perkahwinan, perceraian dan rujuk di sempadan tidak diuruskan mengikut peruntukan undang-undang negara.
"Kegagalan untuk mengesahkan dan mendaftarkan perkahwinan, perceraian dan rujuk di jabatan agama Islam negeri akan mengakibatkan masalah kepada pasangan,” katanya.
Katanya, antara faktor pernikahan di Selatan Thailand termasuk tidak mendapat keizinan ibu bapa, penjaga, perkahwinan bawah umur, wali tidak dapat dikesan atau perkahwinan melibatkan pasangan yang tiada wali nasab, tidak mendapat kebenaran ketua jabatan bagi beruniform serta poligami.
Sinar Harian
Mon Oct 15 2018

Fuziah hadir merasmikan Program Wacana Perkahwinan Rentas Sempadan: Isu dan penjelasan dari sudut hukum syarak, perundangan dan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia di Park Avenue semalam -Foto Sinar Harian
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Nikah sempadan langkah 'cari pasal' - Fuziah
Perkahwinan rentas sempadan tidak sepatutnya dijadikan jalan pintas menghalalkan hubungan, sebaliknya ia memberi banyak keburukan terutama kepada kaum wanita.