KAPIT: Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching melahirkan rasa bangga terhadap keaktifan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Song dekat sini dalam meningkatkan penglibatan masyarakat setempat terhadap aktiviti e-dagang.
Beliau berkata usahawan kecil yang terlibat dalam aktiviti tersebut yang hanya memperoleh pendapatan purata RM150 sebulan sebelum ini, kini mampu menjana pendapatan purata lebih RM1,000 hasil penjualan produk mereka khasnya kraftangan secara dalam talian.
Membandingkan dengan beberapa PEDi di Semenanjung Malaysia yang dilawati beliau sebelum ini, Teo mendapati PEDi Song terus mendapat sambutan masyarakat dan masih aktif meskipun telah lama diwujudkan.
"Di sini (PEDi Song) saya lihat bahawa setiap minggu masih ada tiga kursus diatur untuk penduduk tempatan. Terima kasih kepada TM (Telekom Malaysia) dan pengurus-pengurus yang dilantik untuk PEDi ini," katanya kepada pemberita semasa melawat pusat tersebut hari ini.
PEDi Song adalah satu daripada 133 PEDi yang telah diwujudkan di Sarawak bagi menampung keperluan rakyat, antara lain untuk menggalakkan penduduk luar bandar terlibat dalam aktiviti e-dagang.
Teo berkata hasil kraftangan dari kawasan luar bandar Sarawak berpotensi besar untuk dipasarkan dalam talian menggunakan pelbagai platform.
"Apabila kita hubungkan masyarakat ini dengan dunia luar, kita bukan hanya hubungkan mereka dengan kawasan seperti Kuching, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Johor atau Pulau Pinang tapi ada kemungkinan mereka terhubung dengan negara luar seperti Singapura, Taiwan, Thailand dan Indonesia," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sembilan menara telekomunikasi di Song sudah beroperasi, 17 menara akan didirikan di bawah Program Jalinan Digital Negara (JENDELA) kerajaan Persekutuan manakala 15 lagi oleh kerajaan Sarawak menerusi inisiatif Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART).
Semasa lawatan kerja ke Song hari ini, Teo turut diberi taklimat mengenai kemajuan infrastruktur digital Song di Pejabat Daerah Song, melawat Projek Point of Presence (PoP) di Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan dan melawat Menara Telekomunikasi JENDELA di Nanga Sesawa.
Beliau berkata hala tuju kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan adalah sama bagi memberikan semua rakyat akses kepada Internet untuk mengembangkan ekonomi digital.
Sementara itu, dalam kenyataan media sempena lawatan tiga harinya ke Sarawak, Teo berkata Kerajaan Sarawak dan Persekutuan sepakat meningkatkan ekonomi digital serta berhasrat menaik taraf fasiliti telekomunikasi di seluruh Malaysia kerana ia adalah hak asasi rakyat masa kini.
Menurut Teo perkara itu telah dinyatakan semasa kunjungan hormatnya terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi dan timbalannya Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di Kuching, semalam.
Bagi mencapai hasrat ini, beliau berkata sebanyak 636 tapak menara telekomunikasi dikenal pasti dan akan dibina dengan kelengkapan fasiliti di seluruh Sarawak menerusi program JENDELA melibatkan kos RM4 bilion bagi fasa pertama.
"Selain itu, di bawah program PoP, Kementerian Komunikasi dan Digital juga telah mengenal pasti 60 sekolah dalam fasa 1 dan 681 sekolah fasa 2 di seluruh Sarawak," katanya.
Teo berkata kerajaan Sarawak turut mengambil inisiatif membina 600 menara di bawah program SMART bagi membantu kerajaan pusat mencapai sasaran pembinaan 7,000 buah menara telekomunikasi di Malaysia untuk menambah baik rangkaian Internet berkelajuan 4G dan 5G kepada penduduk negeri ini.
Bagi mencapai hasrat kerajaan mengadakan Satu Dewan Undangan Negeri (DUN), Satu PEDi sebanyak 23 PEDi baharu akan dibangunkan tahun ini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching melahirkan rasa bangga terhadap keaktifan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Song dekat sini dalam meningkatkan penglibatan masyarakat setempat terhadap aktiviti e-dagang. - Foto BERNAMA
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Nie Ching bangga PEDi Song aktif bantu usahawan dalam e-dagang
Teo Nie Ching mendapati PEDi Song terus mendapat sambutan masyarakat dan masih aktif meskipun telah lama diwujudkan.