Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak membabitkan isu penempatan tiga guru besar ke tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Kinta Utara.
Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan Negeri, Omar Bakar di ibu pejabat SPRM di sini, selepas menerima maklumat berhubung pegawai di Unit Sekolah Rendah Sektor Pengurusan Sekolah JPN di sini dipercayai menerima rasuah bagi menentukan pertukaran dan penempatan guru besar berkenaan di sekolah berstatus gred 'A' berkenaan.
Omar yang ditemui media di hadapan ibu pejabat berkenaan untuk membuat laporan itu berkata pegawai berkenaan disyaki menerima sejumlah bayaran untuk pertukaran guru besar di daerah lain di Perak ini ke sekolah-sekolah berkenaan.
"Difahamkan sekolah berprestij tinggi itu mempunyai kekosongan, jadi para guru besar dari Batang Padang dan Teluk Intan (daerah Hilir Perak) telah mengisi borang untuk ditukarkan ke sekolah-sekolah itu, sedangkan lebih ramai guru di daerah Kinta Utara yang lebih senior dan berkelayakan.
"Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara juga telah dihubungi dan beliau mengatakan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan penempatan itu sebaliknya menyenaraikan guru yang berkelayakan dan keputusan terletak kepada panel," katanya.
Sementara itu, setiausaha jawatankuasa berkenaan, Ibrahim Al-Malbar berkata, pihaknya percaya pertukaran guru besar itu melibatkan syarikat pembekal alat tulis yang ingin mengaut keuntungan tinggi sekiranya mereka dapat membekalkan peralatan tulis di sekolah berkenaan.
"Kita mengesyaki syarikat berkenaan akan memberi sejumlah wang kepada guru besar berkenaan untuk diberikan kepada pegawai yang terbabit bagi penempatan semula guru besar di sekolah berstatus tinggi itu.
"Sekolah besar ini memerlukan peralatan sekolah yang banyak dan kita percaya jika syarikat yang terbabit mahu mendapatkan tender pembekal itu, mereka akan mengatur pergerakan di sebalik penempatan guru besar berkenaan," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Mar 05 2019
![NGO lapor SPRM dakwaan salah guna kuasa JPN NGO lapor SPRM dakwaan salah guna kuasa JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551791853_TBAlatTulis.jpg)
Ia dipercayai pertukaran guru besar itu melibatkan syarikat pembekal alat tulis yang ingin mengaut keuntungan tinggi sekiranya mereka dapat membekalkan peralatan tulis di sekolah berkenaan.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Guru besar mati lemas kereta terhumban dalam sungai Guru besar mati lemas kereta terhumban dalam sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597652794_gurubesarmatilema.jpg)
Guru besar mati lemas kereta terhumban dalam sungai
Guru besar sebuah sekolah rendah di Kuala Nerang maut setelah kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kampung Lama, Tandop di sini, awal pagi tadi.
![Guru perlu sabar hadapi cabaran pendidikan Guru perlu sabar hadapi cabaran pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589604010_NORHAINEI.jpg)
Guru perlu sabar hadapi cabaran pendidikan
Walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan kononnya guru tidak menjalankan tugas seperti biasa ekoran wabak COVID-19, namun guru-guru perlu bersabar dan terus komited.
![Nor Hainei dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2020 Nor Hainei dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71589605232_NorHaineiAbuBakar.jpg)
Nor Hainei dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2020
Anugerah itu merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.
![Keluarga guru besar mula terima kehilangan Jashiah Rabu Keluarga guru besar mula terima kehilangan Jashiah Rabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41446429699_JashiahRabu.jpg)
Keluarga guru besar mula terima kehilangan Jashiah Rabu
Jashiah kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling, Kuala Kubu Bharu pada 23 Okt lepas.
![Polis guna khidmat pasukan paranormal sebagai ikhtiar cari guru besar hilang Polis guna khidmat pasukan paranormal sebagai ikhtiar cari guru besar hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71446049161_JashiahRabu.jpg)
Polis guna khidmat pasukan paranormal sebagai ikhtiar cari guru besar hilang
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mengadakan bacaan Yasin di sekitar kawasan pondok yang dipercayai menjadi lokasi terakhir Jashiah Rabu dikesan, esok.
![Pencarian Guru Besar hilang tertumpu di sekitar anak sungai - Polis Pencarian Guru Besar hilang tertumpu di sekitar anak sungai - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71446049161_JashiahRabu.jpg)
Pencarian Guru Besar hilang tertumpu di sekitar anak sungai - Polis
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Tamat Keramat, Jashiah Rabu,53, yang hilang sejak 10 hari lepas ditumpukan di sekitar kawasan anak sungai Kampung Buluh Telur.
![Guru Besar hilang ketuk pintu rumah Orang Asli minta makanan - Anak Guru Besar hilang ketuk pintu rumah Orang Asli minta makanan - Anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71446049161_JashiahRabu.jpg)
Guru Besar hilang ketuk pintu rumah Orang Asli minta makanan - Anak
Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.
![Sekolah tutup jika jarak penglihatan kurang 500 meter - Mahdzir Khalid Sekolah tutup jika jarak penglihatan kurang 500 meter - Mahdzir Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81441274158_MAHDZIRKHALID.jpg)
Sekolah tutup jika jarak penglihatan kurang 500 meter - Mahdzir Khalid
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Guru Besar boleh membuat keputusan menutup sekolah sekiranya jarak penglihatan di bawah 500 meter.