Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan setiausaha agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mungkin akan dibawa ke mahkamah atas kenyataan fitnah berhubung dengan kes National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Menurut peguam NFCorp Wan Shahrizal Wan Ladin, syarikat itu dan pengerusinya Datuk Dr Mohammad Salleh Ismail memfailkan saman terhadap kedua-dua individu tersebut kerana membuat kenyataan berdasarkan spekulasi dan maklumat sulit perbankan yang disediakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi mendakwa Mohamad Salleh telah membeli lapan unit kondominium di KL Eco City dengan dana awam yang disalurkan kepada NFCorp .

Sementara itu, Rafizi akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi tuduhan salah yang dibuat terhadap Mohamad Salleh dan NFCorp mengenai 21 akaun palsu, mengubah dan memutarkan maklumat perbankan sulit pada satu sidang akhbar.

"Nurul yang turut hadir pada sidang akhbar yang sama 7 Mac 2012, dan menyokong fitnah itu bergantung kepada andaian Rafizi tanpa pengesahan maklumat yang betul, kini akan menghadapi nasib yang sama ," kata Wan Shahrizal .

"Kenyataan itu meletakkan beliau dan Saifuddin Nasution dalam keadaan sulit kerana maklumat yang digunakan adalah palsu dan jauh dari kebenaran," katanya.

"Kenyataan Nurul itu akan diambil bahawa Datuk Dr Mohamad Salleh telah didakwa menyalahgunakan dana syarikat untuk membeli lapan unit lot pejabat KL Eco City, bahawa dia didakwa tidak boleh dipercayai, penjenayah, tamak dan menggunakan kedudukan isterinya untuk mendapat kekayaan."

Mohamad Salleh mendakwa kenyataan Nurul mengaitkan bahawa beliau telah menggunakan dana kerajaan dan dana awam untuk mendapat kekayaan peribadi dan hidup secara mewah, atau berpakat dengan NFCorp untuk menipu atau menyalahgunaan dana awam.

Peguam NFCorp berkata kes terhadap Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR telah difailkan pada 24 Disember 2013.

Perbincangan pengantaraan antara kedua-dua pihak telah diadakan hari ini dan akan diteruskan pada 9 Jun 2014.

Jika penyelesaian tidak dapat dicapai, perkara itu akan dineruskan untuk pengurusan kes pada 17 Jun, 2014 dan selepas itu, untuk perbicaraan penuh di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng.

Mohamad Salleh memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk , faedah, kos dan relif lain yang sesuai dari mahkamah.