APLIKASI Netflix tidak lagi akan boleh digunakan pada Apple TV Gen 2 dan Apple TV Gen 3 bermula 31 Julai ini.

Sokongan kepada dua set kotak TV ini dihentikan kerana kedua-duanya sudah berusia dengan Gen 2 dilancarkan pada tahun 2010 dan Gen 3 pula pada tahun 2012.

Pemilik kedua-dua peranti disarankan untuk membeli perkakasan baharu yang akan masih disokong.


Apple TV Gen 2

Berita ini kami laporkan kerana kerap kali melihat lambakan produk yang usang dijual di media sosial pada harga runtuh.

Orang ramai digula-gulakan dengan iklan barangan harga runtuh Apple tetapi mereka tidak menyedari ia sudah tidak lagi menyokong pelbagai aplikasi dan dalam kes tertentu oleh Apple sendiri.

Jadilah pengguna bijak dan lakukan kajian sendiri sebelum terjerumus dengan iklan yang nampak tidak masuk akal penawarannya. -Amanz