Syarikat Nestlé Malaysia menafikan berita mengenai penarikan balik produk makanan bayinya yang sedang viral di media sosial.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata tiada sebarang penarikan balik dilakukan oleh Nestlé Malaysia ke atas mana-mana produk mereka.
“Ini adalah mesej palsu yang telah tersebar di media sosial sejak 2011. Tiada sebarang penarikan balik dibuat oleh Nestlé Malaysia pada makanan bayi kami atau mana-mana produk kami yang lain.
“Kami memberi jaminan kepada pengguna bahawa semua produk Nestlé selamat dimakan, dan kami mematuhi kawalan kualiti serta keselamatan langkah-langkah ketat di semua peringkat rantaian bekalan kami kerana kualiti produk dan keselamatan adalah keutamaan bersama,” kata kenyataan itu pada Isnin.
Nestlé menggesa orang ramai untuk berkongsi maklumat secara bertanggungjawab.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan Nestlé di 1-800-88-3433.
Azyyati Ahmad
Mon Aug 15 2016
Tiada sebarang penarikan balik dibuat oleh Nestl Malaysia pada makanan bayi atau mana-mana produk yang lain. - Gambar fail
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Nestle Malaysia nafi tarik balik produk makanan bayi
Syarikat Nestle Malaysia menafikan mengenai berita mengenai penarikan balik produk makanan bayinya yang sedang viral di media sosial.