Seorang nenek berusia 60 tahun bertukar menjadi 'hero' apabila bertindak menyelamatkan cucu lelakinya yang sedang mandi daripada terperangkap dalam kebakaran di Kampung Delima, Sepanggar, petang selasa.
Dalam kejadian jam 6 petang, Intan Ajibah, 60, berkata, ketika kejadian dia dan cucunya yang berusia empat tahun sahaja yang berada di rumah berkenaan sebelum menyedari api marak daripada sebuah bilik.
Menurut warga emas itu, rumah terbabit disewa oleh enam sekeluarganya sejak beberapa tahun yang lalu.
"Saya panggil cucu saya mandi di bilik mandi dan mengarahkannya untuk meminta tolong.
"Hanya sempat ambil saja Ic (Mykad) dan membawa cucu saya lari, itu saja... tidak dapat kami selamatkan apa apa barang.
"Saya tidak tahu apa punca kebakaran itu kerana ia bermula di salah sebuah bilik kosong yang telah lama tidak berpenghuni di rumah sewa itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian berkenaan.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Mahmud Jumah berkata, kebakaran tersebut memusnahkan dua buah rumah dan sebuah kedai runcit, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
"Pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 6.36 petang dan berjaya memadam api sepenuhnya pada jam 7.24 petang.
"Seramai 33 orang anggota iaitu tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dan 26 orang anggota dari balai Kota Kinabalu dan melibatkan lima buah jentera terlibat dalam operasi ini," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Tue Aug 07 2018
Pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 6.36 petang dan berjaya memadam api sepenuhnya pada jam 7.24 petang.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Pulau Pinang rancang bangun lima projek perintis pembaharuan semula bandar
Lima projek perintis Pembaharuan Semula Bandar itu bermatlamat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.
Nenek jadi hero selamatkan cucu dalam kebakaran di Sepanggar
Seorang nenek berusia 60 tahun bertukar menjadi 'hero' apabila bertindak menyelamatkan cucu lelakinya yang sedang mandi daripada terperangkap dalam kebakaran di Kampung Delima, Sepanggar.