Seorang nenek dan dua cucu perempuannya maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 112 Lebuhraya Timur-Barat berhampiran Kampung Batu Melintang Luar di sini semalam.
Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli ASP Ahmad Haizan Abdullah berkata kejadian kira-kira 4.40 petang itu membabitkan Wan Zubaidah Md Zain, 53, serta cucunya, Putri Nur Sofea Mohamad Asriellazuan, 2, dan Putri Nur Syufina Arora, 4.
Beliau berkata Wan Zubaidah dan Putri Nur Sofea meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan manakala Putri Nur Syufina Aurora meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jeli sejam kemudian.
"Kejadian itu berlaku selepas motosikal Honda Wave yang dinaiki ketiga-tiga mangsa dirempuh sebuah kereta Honda City yang datang dari arah Grik menghala ke Jeli," katanya ketika dihubungi di sini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Nur Asma Amira Zulkefli, 26, berkata anaknya Putri Nur Sofea sempat berpesan kepada bapanya, Mohamad Asriellazuan Ibrahim, 28, yang bekerja sebagai buruh binaan, supaya tidak pergi berkerja semalam.
"Putri Nur Sofea juga menunjukkan kelakuan pelik apabila enggan bercakap, seolah-olah sedang merajuk," katanya ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di Kampung Chegar Bedil di sini, hari ini.
Nur Asma Amira berkata mereka sekeluarga tinggal di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah dan datang bermalam di rumah mentuanya di Kampung Batu Melintang Luar sempena musim cuti persekolahan.
Beliau berkata kejadian itru berlaku semasa ibu mentuanya membawa kedua-dua anaknya bersiar-siar menaiki motosikal di kawasan sekitar.
"Bagaimanapun, tidak sampai 10 minit kemudian saya dikejutkan dengan berita kemalangan itu yang berlaku kira-kira 500 meter dari rumah mentua saya," katanya.
"Saya terus ke lokasi kejadian dan mendapati Putri Nur Sofea dan neneknya sudah tidak bernyawa manakala Putri Nur Syufina dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia sejam kemudian. Saya tidak sangka kehilangan dua anak serentak," katanya yang mempunyai tiga orang anak.
Beliau berkata ketiga-tiga mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pasir Dusun pada 11 pagi tadi.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam entri di laman Facebook beliau malam tadi, turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Katanya beliau berada di tempat kejadian sejurus kemalangan itu berlaku dan memjuat naik gambar kemalangan di laman Facebook itu.
Difahamkan, Mustapa yang juga Anggota Parlimen Jeli berada di kawasan berkenaan sempena program lawatan seharinya ke Parlimen itu semalam.-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2016
Seorang nenek dan dua cucu perempuannya maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Lebuhraya Timur-Barat. - Gambar fail
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Nenek, dua cucu maut kemalangan di Jeli
Seorang nenek dan dua cucu perempuannya maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 112 Lebuhraya Timur-Barat.