IPOH: Pada awalnya seorang nenek kepada 30 cucu yang berusia 101 tahun enggan menerima suntikan vaksin COVID-19, namun selepas dipujuk ahli keluarga, dia akhirnya mengubah fikiran.
Choong Yat Han yang tinggal di Buntong dekat sini, hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Meru Valley Resort di sini, dengan berkerusi roda ditemani keluarga untuk menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac.
Menurut anak lelakinya, Shan Ho Han, 72, sebelum ini ibunya menolak daripada menerima suntikan vaksin COVID-19 dengan alasan usianya yang sudah lanjut.
Namun Ho Han berkata, dia dan ahli keluarga yang lain tetap memujuk ibunya dengan memberitahu kebaikan vaksinasi dari sudut kesihatan dan kelonggaran yang diumumkan kerajaan kepada individu yang lengkap divaksinasi.
"Kita mahu ajak dia untuk divaksinasi. Kalau (tak) vaksin, keluar susah, mana tempatpun tak boleh pergi. Tapi dia cakap dia sudah tua tak mau vaksin. Kita cakap dia perlu terima, kalau tidak mana-manapun tak boleh keluar, susah.
"Kemudian setelah diterangkan mengenai vaksin, dia akhirnya mahu divaksinasi untuk kesihatan," katanya.
Sementara itu, Yat Han yang ditemui pemberita, kelihatan ceria dan tidak menunjukkan perasaan takut sebelum mahupun selepas menerima suntikan vaksin.
Sementara itu, Pengarah Meru Valley Resort, Datuk Lim Si Boon berkata seramai 10,000 orang telah menerima vaksin COVID-19 di PPV yang dikendalikan Hospital Pakar Komuniti Ipoh (PCSH) di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu sejak awal Ogos.
Menurutnya PPV itu mampu menyuntik 600 individu setiap hari dengan empat orang pemvaksin dan 25 kakitangan yang ditempatkan bagi melancarkan proses pemberian vaksin kepada orang ramai yang berdaftar melalui MySejahtera.
Amirrul Rabbani
Mon Sep 20 2021
Choong Yat Han yang ditemui pemberita, kelihatan ceria dan tidak menunjukkan perasaan takut sebelum mahupun selepas menerima suntikan vaksin. - Gambar/ Astro AWANI
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Nenek 101 tahun gembira divaksinasi
Pada awalnya seorang nenek kepada 30 cucu yang berusia 101 tahun enggan menerima suntikan vaksin COVID-19, namun selepas dipujuk ahli keluarga, dia akhirnya mengubah fikiran.