PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan memberi peringatan kepada nelayan pesisir pantai agar berwaspada dan memandang serius aspek keselamatan dalam menghadapi Monsun Timur Laut, tahun ini.
Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata hal ini berikutan perairan Kelantan bakal menerima tiupan angin lebih kencang dan berterusan dengan kelajuan boleh mencecah sehingga 50 hingga 60 kilometer (km) sejam berserta hujan lebat.
"Sepanjang musim ini, ombak juga boleh mencapai ketinggian 3.5 hingga 4.5 meter.
"Situasi ini boleh membahayakan para pengusaha bot terutamanya bot-bot pemancing rekreasi, bot tradisional dan bot fibreglass," katanya dalam kenyataan semalam.
Mengulas lanjut, Syed Nur Adli berkata nelayan perlu memaklumkan kepada persatuan, ahli keluarga atau APMM mengenai destinasi atau lokasi menangkap ikan untuk memudahkan pencarian sekiranya berlaku kecemasan.
"Kawasan operasi dan carilamat di bawah tanggungjawab Maritim Kelantan adalah seluas 27,637 km persegi dengan pantai sepanjang 78 kilometer.
"Maritim Kelantan akan terus komited memastikan keadaan perairan negeri Kelantan selamat dan berusaha meminimumkan kes kejadian yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
![Nelayan perlu waspada hadapi Monsun Timur Laut - APMM Kelantan Nelayan perlu waspada hadapi Monsun Timur Laut - APMM Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-02/81456408816_Nelayan.jpg)
Nelayan diminta memaklumkan kepada persatuan, ahli keluarga atau APMM mengenai destinasi atau lokasi menangkap ikan untuk memudahkan pencarian sekiranya berlaku kecemasan. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![MTL: APMM Kelantan gerakkan pasukan rondaan pesisir pantai MTL: APMM Kelantan gerakkan pasukan rondaan pesisir pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733139736_TBmaritim.jpg)
MTL: APMM Kelantan gerakkan pasukan rondaan pesisir pantai
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menggerakkan pasukan rondaan pesisir pantai bagi melaksanakan Program Pencegahan Carilamat setiap hari pada musim Monsun Timur Laut.
![Tiga nelayan Kuala Kemasin dikhuatiri hilang Tiga nelayan Kuala Kemasin dikhuatiri hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692594088_Tiganelayan.jpg)
Tiga nelayan Kuala Kemasin dikhuatiri hilang
Tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di Bachok, dikhuatiri hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal.
![APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup mercun guna jalan laut APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup mercun guna jalan laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51651234029_TBSELUDUPMERCUN.jpg)
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup mercun guna jalan laut
Cubaan membawa masuk mercun melalui jalan laut dari Perairan Laut China Selatan dari negara jiran bagaimanapun berjaya dipatahkan.
![Nelayan perlu waspada hadapi Monsun Timur Laut - APMM Kelantan Nelayan perlu waspada hadapi Monsun Timur Laut - APMM Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-02/81456408816_Nelayan.jpg)
Nelayan perlu waspada hadapi Monsun Timur Laut - APMM Kelantan
Perairan Kelantan bakal terima tiupan angin lebih kencang dan berterusan dengan kelajuan boleh mencecah hingga 60km sejam.
![Mayat tanpa kepala dipercayai nelayan tempatan Mayat tanpa kepala dipercayai nelayan tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41511095231_mayattanpakepala.jpg)
Mayat tanpa kepala dipercayai nelayan tempatan
Mayat tanpa kepala yang ditemui di perairan Pulau Kapas, Terengganu petang semalam dipercayai milik nelayan tempatan.