MARANG: Nelayan dan pemancing diminta menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa dengan melaporkan segera sebarang kegiatan pencemaran di laut berserta bukti seperti rakaman video atau gambar, bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.
Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun kes pencemaran di laut masih terkawal, perkara itu tidak boleh dipandang ringan dan perlu terus diawasi.
"Pencemaran di laut tidak teruk sangat setakat ini cuma saya ada terima aduan walaupun tidak rasmi, terdapat kapal yang tidak bertanggungjawab (buang minyak hitam di laut), tetapi tiada bukti kerana kejadian dilakukan biasanya tengah malam.
"Nelayan yang memancing tengah malam jika tiba-tiba terdapat minyak hitam sekitar bot yang tidak tahu punca dari mana, kalau boleh ambil video dan gambar kapal terlibat untuk diambil tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Marang di sini, hari ini.
Katanya walaupun jumlah minyak hitam yang dilepaskan ke laut sedikit dan tidak ketara, perkara itu perlu dikawal kerana lama-kelamaan akan menjejaskan kehidupan ikan dan hidupan marin yang lain.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang yang bernilai RM30.5 juta itu, telah dimulakan 15 Dis lepas dan dijangka siap 14 Dis 2023 dalam usaha menyelesaikan masalah penduduk di daerah Marang.
"Projek itu melibatkan kerja mengorek alur navigasi dari muara Sungai Merchang hingga ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, pembinaan struktur pemecah ombak, struktur dinding penahan, lapis lindung dan penyuburan pantai.
"Apabila projek ini siap, ia akan memberi manfaat kepada nelayan dan usahawan bot pelancong untuk keluar masuk ke laut dengan selamat, selain melindungi lebih 100 bot berdaftar daripada rosak akibat muara cetek dan pukulan ombak," katanya.
Menurutnya kerajaan Persekutuan juga meluluskan pelaksanaan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Marang dengan kos RM15.6 juta yang telah bermula 4 Jan lepas dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Katanya projek itu membabitkan kerja-kerja penyuburan pantai sepanjang 2.2 kilometer bagi menangani masalah hakisan dan banjir, selain melindungi garis pantai bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022

Pemancing dan nelayan diminta merakamkan bukti termasuk kapal yang dikesan melakukan pencemaran di laut. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Nelayan, pemancing jadi 'mata telinga' pantau pencemaran laut
Nelayan dan pemancing diminta menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa dengan melaporkan segera sebarang kegiatan pencemaran di laut.

Memperkukuh sektor perkapalan demi kelestarian bumi
Penerapan Revolusi Industri 4.0 secara inklusif haruslah diberi perhatian yang sewajarnya setara dengan perkembangan industri perkapalan.

Kerajaan Britain kawal pencemaran laut, putik kapas antara bahan larangan
Kerajaan Britain bakal mengeluarkan larangan terhadap penggunaan straw plastik, pengaduk minuman plastik dan putik kapas dan menggesa agar negara anggota Komanwel lain agar mengikut langkah sama.

Undang-undang baharu bakal diperkenal lindungi ekosistem marin
Menerusi undang-undang yang sedang dirangka itu, tindakan lebih tegas akan diambil ke atas sesiapa yang didapati melakukan pencemaran laut dan mengancam ekosistem marin yang sensitif.