Hasrat seorang nelayan untuk temujanji dengan pakar jantung di Hospital Kemaman pada 17 Febuari depan tidak kesampaian selepas ditemui mati ketika menangkap ikan kira-kira 30 batu nautika dari Kuala Dungun.
Che Md Khaidi Nik, 52, seorang tekong bot ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu bot oleh empat awak-awaknya selepas menurunkan bubu kira-kira jam 12.30 tengahari.
Menurut isteri mangsa, Rahmah Ibrahim,54, berkata suaminya itu dimasukkan ke wad hospital Dungun selama seminggu selepas mengalami sesak nafas dan dibenarkan keluar Hospital Khamis lalu.
Kata Rahmah,beliau menasihatkan mangsa supaya tidak ke laut namun suaminya mendakwa simpati terhadap empat awak-awaknya tidak dapat mencari rezeki sepanjang tempoh dia dirawat di hospital.
Beliau berkata suaminya keluar ke laut kira-kira jam 11 malam pada Jumaat juga dengan hasrat untuk untuk menambah sumber kewangan sebagai perbelanjaan untuk mendapatkan rawatan pakar.
Menurutnya,salah seorang dari awak bot terbabit menghubungi pemilik bot dan kemudianya memaklumkan mengenai kejadian itu.
Bot yang membawa jenazah mangsa tiba di jeti lembaga kemajuan ikan maysia (lkim)kuala dungun, kira- kira jam 2.30 petang dengan dikemudikan salah seorang awak awak..
Ketua polis daerah, pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Katanya, bedah siasat ke atas jenazah mangsa di bilik forensik hospital dungun mengesahkan tiada unsur khianat dan mangsa disahkan mati mengejut.
Astro Awani
Mon Feb 10 2014
-gambar hiasan
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Nelayan mati dalam bot
Hasrat seorang nelayan untuk temujanji dengan pakar jantung di Hospital Kemaman tidak kesampaian selepas ditemui mati di dalam bot.