JOHOR BAHRU: Satu laporan polis dibuat wakil nelayan tempatan hari ini susulan insiden pertengkaran mulut antara kumpulan nelayan berkenaan dan Coast Guard Singapura seperti tular di media sosial petang semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pihaknya menerima laporan itu pada 2.30 petang tadi dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Terkesan satu video tular melalui media sosial berdurasi lebih dua minit menunjukkan satu insiden pertengkaran mulut melibatkan sekumpulan nelayan Malaysia dan Coast Guard Singapura berlaku di perairan Malaysia berhampiran sempadan Singapura.
"Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil nelayan Malaysia yang terlibat serta siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
Terdahulu, media melaporkan sekumpulan 10 nelayan tempatan mendakwa dihalau pihak berkuasa Singapura ketika memasang jaring udang di kawasan Pasir Laba, berhampiran Jambatan Link Kedua, Iskandar Puteri, 5.30 petang semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad dilapor berkata mengakui kesal dengan tindakan pihak berkuasa Singapura itu apabila kumpulan nelayan berkenaan mendakwa dihalau dengan kata-kata kesat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2022
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pihaknya menerima laporan itu pada 2.30 petang tadi dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Gambar hiasan
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Nelayan lapor polis insiden pertengkaran dengan Coast Guard Singapura
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pihaknya menerima laporan itu pada 2.30 petang Isnin dan siasatan lanjut sedang dijalankan.