MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang terutamanya di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.
“Sementara itu, di negeri-negeri lain, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Sabtu.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.